Emre Can menjaringkan pertama dalam penampilan pertama untuk Borussia Dortmunt dan ia dilakukan dengan amat menarik sekali.
Pemain tengah Jerman itu memulakan perlawanan pertama beliau selepas berpindah dari Juventus secara pinjaman sehingga akhir musim ini.
Dan Can menjadikan perlawanan tersebut sebagai perlawanan yang akan beliau ingati dengan melencong cantik bola menentang bekas kelab beliau sendiri, Bayer Leverkusen.
Can sememangnya mempunyai sejarah menjaringkan gol cantik, mengambil beberapa sentuhan sebelum melencongkan bola dari jarak 25 meter menuju penjuru atas gawang lawan.
GOAL! 1-2
β½οΈ @emrecan_ #B04BVB pic.twitter.com/N46X1jr71bβ Borussen βπΌ (@BorussenEdits) February 8, 2020
Teknik yang digunakan oleh Can itu juga sukar dipercayai.
Dortmund terlebih dahulu berada di belakang selepas ketinggalan 1-0 hasil jaringan Kevin Volland pada minit ke-20.
Mat Hummels pantas membalas dengan jaringan pertamanya untuk Dortmund sejak kembali menyertai kelab tersebut daripada Bayern Munnich.
Hummels bijak menanduk masuk sepakan penjuru Jadon Sancho.
Jaringan padu Can kemudiannya meletakkan skuad kendalian Lucian Favre di hadpaan, hanya untuk Volland membalas untuk kedua-dua pasukan terikat pada babak pertama perlawanan.
2-1 Dortmund. WONDERFUL GOLAZO FROM EMRE CAN! WOW! Among the goals of the month for sure, if not of the year! pic.twitter.com/LvcccavQBI
β ππ π ππππ π (@TheEuropeanLad) February 8, 2020
Dortmund kemudian kembali di hadpaan pada babak kedua melalui jaringan Raphael Guerrero yang menyudahkan permainan berpasukan dengan cantik.
Jaringan tersebut pasti melegakan pemain tengah tersebut kerana beliau begitu tersisih selepas kehadiran Maurizio Sarri membimbing Juventus.
Pada satu kertika Can mendapati sehinggakan namanya turut tiada dalam senarai 25 pemain menghadapi kempen Liga Juara-Juara Eropah.
This angle of Emre Canβs goal on his Dortmund league debut π₯π₯π₯ pic.twitter.com/GTLsgobNJy
β Premier League Panel (@PremLeaguePanel) February 8, 2020
Ia juga umpama sirih pulang ke gagang buat Emre Can yang kembali beraksi di negaranya sendiri, setelah beliau meninggalkan Bayer Leverkusen pada musim 2014/15 untuk beraksi bersama Liverpool.
Empat musim bersama Liverpool, Can gagal meraih sebarang kejuaraan sebelum berhijrah pula ke Juventus secara percuma.
βSaya merasakan pasukan ini [Borussia Dortmund] mempunyai potensi yang hebat dan mampu untuk memenangi sesuatu [gelaran],β ujar beliau kegembiraan ketika diumumkan sebagai pemain baharu tempoh hari.