Liverpool menurunkan skuad termuda dari segi purata umur pemain di perlawanan ulangan pusingan keempat menentang Shrewsbury Town di Anfield pada pagi tadi.
Dan jelas sekali barisan pemain muda Liverpool tidak gentar berhadapan pemain yang lebih senior dari mereka.
Jurulatih skuad B-23, Neil Critchley menurunkan gabungan skuad Bawah-21 dan Bawah-20 tahun Liverpool untuk perlawanan ini.
Liverpool memutuskan untuk menurunkan pemain muda mereka untuk memberi laluan kepada Jurgen Klopp dan barisan pemain senior mereka rehat secukupnya untuk jadual perlawanan yang padat pada musim ini.
Liverpool 1-0 Shrewsbury FT:
An own goal from Ro-Shaun Williams sends Liverpool into the #FACup 5th round. pic.twitter.com/GrvdesVoIF
β Squawka News (@SquawkaNews) February 4, 2020
Ini bukan kali pertama Liverpool menurunkan skuad muda mereka dalam pertandingan merebut trofi pada musim ini.
Sebelum ini, Liverpool turut menurunkan pemain muda di separuh akhir Piala Carabao menentang Aston Villa.
Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kekalahan 5-0.
Tetapi kelab League One, Shrewsbury memberi saingan yang berbeza. Walaupun beraksi di League One, pemain pasukan itu menjanjikan permainan yang lebih fizikal berbanding Villa.
Kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada perlawanan pertama lalu, selepas Shrewsbury bangkit dari ketinggalan dua gol untuk perlawanan ulangan di Anfield ini.
Liverpool take the lead thanks to Ro-Shaun Williamsβ fantastic header. Just a shame it was into his own net. pic.twitter.com/64S7nZQBjh
β Tom Carnduff (@TomC_22) February 4, 2020
Pasukan muda Liverpool ternyata berjaya memberikan masalah kepada Shrewsbury. Skuad bimbingan Neil Critchley itu mendominasi sebahagian besar perlawanan ini dengan permainan kemas yang ditampilkan.
Liverpool mencipta beberapa peluang gol, namun mereka gagal untuk menterjemahkannya kepada jaringan. Pada minit ke-27 menyaksikan sepakan percuma Curtis Jones tepat ke arah penjaga gol.
Lapan minit berselang, Neco Williams hampir meletakkan Liverpool di hadapan. Beliau meleretkan bola yang hanya tersikit tersasar.
Liverpool's youngsters put on a strong performance at Anfield to secure their place in the #EmiratesFACup fifth round π΄π pic.twitter.com/BEkpbnPhEq
β The Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) February 4, 2020
Satu lagi peluang untuk Neco Williams, namun kali ini rembatan beliau dihadang oleh pertahanan di hadapan gawang. Williams bermain cemerlang pada aksi ini.
Liverpool menamatkan separuh masa pertama dengan penguasaan bola yang sangat tinggi, namun tidak cukup klinikal di hadapan gawang.
π³π³π³#EmiratesFACup pic.twitter.com/IgQDJnLIXa
β The Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) February 4, 2020
Pada separuh masa kedua, Shrewsbury meningkatkan lagi tahap serangan mereka dalam perlawanan ini dalam usaha mengimbangi rentak skuad muda Liverpool.
Usaha tersebut hampir meletakkan Shrewsbury di hadapan pada minit ke-58.
A comedy OG from ex-Manchester United youngster Ro-Shaun Williams in front of the Kop. #LFC are 14mins away from a place in the last 16 of the FA Cup
β James Pearce (@JamesPearceLFC) February 4, 2020
Namun gol itu dibatalkan selepas diperiksa menerusi VAR. Ia adalah amaran penting buat pemain-pemain muda Liverpool.
Perlawanan tersebut bagaimanapun disudahkan oleh pemain pertahanan Shrewsbury sendiri, Ro-Shaun Williams.
Kebetulan atau tidak, Williams adalah bekas pemain akademi Manchester United, yang baru berhijrah menyertai Shrewsbury pada awal musim ini.
Walaupun hasil gol sendiri, barisan pemain muda Liverpool harus diberikan kredit atas persembahan yang mereka tampilkan.
Ternyata mereka berjaya membalas kepercayaan Jurgen Klopp, dan sudah tentu turut mencuri tumpuan untuk memarisi skuad utama Liverpool pada masa akan datang.