VIDEO: Gol Dari Tengah Padang Lengkapkan Hatrik Ilicic Untuk Atalanta Belasah Torino 7-0

Atalanta membelasah Torino 7-0 dalam perlawanan Serie A semalam, sambil Josip Ilicic menjaringkan gol dari bahagian tengah padang sebelum melengkapkan hatrik.

Pemain dari Slovenia, Ilicic melakukan sepakan percuma pantas dari tengah padang untuk memerangkap penjaga gol Torino, Salvatore Siriga.

Ia adalah gol kedua Ilicic dalam perlawanan tersebut.

Robin Gosens dan Dvan Zapata masing-masing turut menjaringkan gol sebelul Ilicic menjadikan kedudukan 5-0.

Pasukan tuan rumah, Torino turut mempunyai dua pemain, Armando Izzo dan Sasa Lukic dilayangkan kad merah.

Selepas itu Luis Muriel menambah lagi dua gol untuk melengkapkan kemenangan besar tersebut.

Ini adalah kali kedua Atalanta menjaringkan tujuh gol pada musim ini.

Sebelum ini pasukan tersebut membelasah Udinese 7-1 pada oktober lalu. Ia menjadikan jumlah jaringan keseluruhan Atalanta kini mencecah 57 gol.

Ia juga bermakna Atalanta kini adalah kelab yang paling banyak menjaringkan gol di Serie A, dan mendahului Lazio dengan kelebihan 11 gol sebagai pasukan kedua terbanyak dengan jaringan gol.

Atalanta bukanlah pasukan yang popular di Malaysia. Di Itali sendiri pasukan ini dianggap pasukan pertengahan ataupun bawahan di dalam liga mereka.

Malah ada yang melihat logo Atalanta dan menganggapnya logo minyak rambut Wellaform.

Sepanjang lebih 100 tahun sejarah kelab mereka, mereka hanya menang satu piala sahaja iaitu Coppa Italia.

Namun pada musim 2016/17 prestasi mereka dianggap meningkat dengan mendadak sehingga berjaya bermain di Liga Europa untuk musim 2017/18.

Kali terakhir Atalanta beraksi di Eropah ialah pada 1991.

Sejarah dicipta lagi apabila pada musim 2018/19 mereka menamatkan liga dalam kelompok empat teratas dan sekaligus mara ke UCL buat pertama kali dalam sejarah kelab kecil mereka.

Walaupun menang dengan jumlah yang besar, perlawanan menentang Torino lebih diingati dengan jaringan Ilicic dari kawasan tengah padang.

Harus diakui ia adalah pemikiran yang cepat dari penyerang tu yang terus melambungkan bola dari jarak 40 meter selepas menyedari penjaga gol lawan tidak berada di posisi sepatutnya.

Seperti yang dijangka, gol tersebut akan mendapat reaksi berbeza dari penyokong kedua-dua pasukan.

 

Kongsi artikel ini