Video : Emas Dan Perak Dari Lee Hup Wei Dan Nauraj Singh

Dua jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei dan Nauraj Singh meneruskan dominasi acara lompat tinggi di Sukan SEA sejak 12 tahun yang lalu apabila meraih tempat pertama dan kedua di Stadium Olahraga New Clark City.

Lee Hup Wei dan Nauraj Singh mempamerkan aksi lompatan yang sama hebat dan sama padat apabila kedua-dua atlet ini mencatatkan ketinggian lompatan yang sama iaitu 2.21 meter.

Keadaan ini memaksa kiraan semula dibuat dan Lee Hup Wei telah dikalungkan pingat emas menamatkan 8 tahun kemarau emas beliau yang kali terakhir dimenangi pada Sukan SEA 2011, Indonesia.

Lee Hup Wei mencuba pada ketinggian 2.25 meter namun cubaannya tidak berhasil. Emas kedua dari sukan olahraga pada 8 Disember 2019 selepasa Muhammad Haiqal Hanafi memberi emas pertama.

Keputusan penuh acara Lompat Tinggi Lelaki Akhir :

1. Lee Hup Wei, Malaysia – 2.21 meter

2. Nauraj Singh RANDHAWA – 2.21 meter

3. Tawan Kaeodam, Thailand – 2.15 meter

4. Saicsit Sittichai, Thailand – 2.15 meter

5. Duc Anh Vu, Vietnam – 2.12 meter

6. Thanh Nham Nguyen, Vietnam – 2.08 meter

7. Kampton Kam, Singapura – 2.08 meter

8. Leonard Cantillo, Filipina – 2.04 meter

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email