VIDEO: Dimitri Payet Hasilkan Gol Dari Sudut Sukar Untuk Marseille

Bagi peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) terutamanya penyokong West Ham, anda pasti masih mengingati aksi Dimitri Payet pada musim 2015/16.

Pemain tengah Perancis itu tiba di West Ham pada musim panas 2015. Sebelum itu Payet dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik Ligue 1 untuk beberapa musim.

Penghijrahan tersebut mewujudkan kekaguman peminat bola sepak Inggeris terhadap kemampuan pemain tersebut.

Payet pantas mencipta nama di kelab London itu dengan jaringan-jaringan mengkagumkan. Secara keseluruhan, beliau menghasilkan 9 gol dari 12 bantuan gol di aksi liga pada musim itu.

Payet di West Ham

Selepas itu karier Payet di England seperti hilang arah apabila beliau memutuskan untuk meninggalkan West Ham United untuk kembali ke Perancis.

Keadaan menjadi lebih tengang apabila Payet telah melanggar peraturan sebagai pemain di West Ham untuk memaksa perpindahn tersebut.

Beliau juga dikeluarkan daripada group WhatsApp pemain kerana pemain lain tak tahan dengan sikapnya.

Sebelum itu, West Ham pernah menolak tawaran £50 juta daripada Real Madrid hanya kerana Payet menyatakan mahu kekal. Ketika itu Payet beraksi bersama Perancis di Euro 2016.

West Ham akhirnya merasakan diri seperti dikhianati apabila Payet minta dilepaskan atas alasan ‘homesickness’.

West Ham menolak beberapa bidaan yang dilakukan oleh Marseille. Payet kecewa dan mengugut tidak akan mahu bermain lagi untuk kelab itu.

Beliau juga sanggup didenda berapa banyak sekalipun asalkan tidak diturunkan bermain.

Situasi tersebut telah mengundang kemarahan pemain serta para penyokong West Ham dan mengangap tindakan yang dilakukan Payet telah menggangu perjalanan pasukan pada musim tersebut.

Pihak West Ham akhirnya terpaksa melepaskan Payet selepas Marseille bersetuju dengan harga perpindahan sebanyak £25 juta (RM 130 juta).

Gambar Payet di luar stadium terpaksa dikawal oleh petugas keselamatan kerana risau ia menjadi sasaran vandalisme oleh penyokong yang marah sebelum diganti.

Masih bersama Marseille

Selepas tiga tahun, Payet masih kekal bersama Marseille. Walaupun sudah berusia 32 tahun, musim ini adalah antara musim paling berhasil bagi beliau.

Semalam Payet melakukan penampilan ke-22 pada musim ini dalam perlawanan menentang Saint-Etienne. Beliau menjaringkan gol ke-10 peribadi musim ini dalam perlawanan tersebut.

Lebih menarik, ia adalah gol yang anda tidak sangka akan dihasilkan dengan sebegitu rupa.

Selepas berpusing ke kiri dan kanan untuk mengelirukan pemain pertahanan lawan yang mengawalnya, Payet merembat daripada byline untuk bola melepasi kawalan Stephane Ruffier di hadapan gawang.

Jelas sekali Payet belum lagi hilang sentuhannya.

Nafi tinggalkan Marseille

Pada jendela perpindahan Januari lalu, Payet dikaitkan dengan perpindahan keluar daripada Marseille. Bekas kelab, West Ham turut dikaitkan dengan Payet.

“Saya turut membaca khabar angin tersebut seperti anda. Semua orang tahu hubungan saya dengan kelan ini, dan saya berpendapat perkahabaran tersebut harus tidak wujud,” kata beliau.

“Ia amat jelas pada diri saya. Semua orang juga tahu saya telah kembali. Objektif utama ialah untuk membawa Marseille kembali ke Champions League.

“Mara ke pusingan kelayakan adalah bagus. Tetapi untuk bersaing dalam pertandingan itu sendiri adalah jauh lebih baik.”

Jelas sekali Payet kini hanya mahu memberikan fokus kepada apa yang beliau perlu lakukan bersama Marseille.

Kongsi artikel ini