[VIDEO]: Dimalukan Negeri Sembilan, Giliran Pemain Sri Pahang Berhadapan Amarah Penyokong Sendiri

Episod penyokong memarahi dan berkonfrontasi dengan pemain kerana kecewa dengan prestasi yang ditampilkan pasukan nampaknya kini seperti satu trend di saingan Liga Malaysia.

Sebelum ini barisan pemain Selangor FC berhadapan dengan amarah penyokong sendiri kerana gagal menapai indeks penilaian prestasi (KPI) yang diletakkan mereka.

Dan semalam giliran pemain skuad Tok Gajah berhadapan dengan amarah penyokong selepas pasukan itu tewas 3-0 kepada Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Super Malaysia (MSL) yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada malam tadi.

Tewas 1-2 kepada Sabah FC, kekalahan 3-0 kepada Negeri Sembilan pada malam tadi merupakan kekalahan kali keenam pasukan Sri Pahang pada musim ini.

Dalam perlawanan itu Negeri Sembilan mengawal hampir sepenuhnya perlawanan dan Sri Pahang tampak gagal merencana sesuatu untuk mengancam benteng pasukan tuan rumah.

Negeri Sembilan mendapatkan gol pertama selepas setengah jam perlawanan berlangsung melalui peneyrang import baharu, Gustavo Almeida.

Babak kedua perlawanan menyaksikan Yashir Pinto terus melebarkan kelebihan Negeri Sembilan selepas dua minit separuh masa kedua bermula.

Derita Sri Pahang berlanjutan selepas itu dan kali ini giliran seorang lagi pemain import, Matheus Alves menyempurnakan gerakan set-pieces.

Selepas tamat perlawanan, barisan pemain Pahang yang datang ke bahagian tempat duduk penyokong itu untuk penghargaan kerana sokongan yang diberikan dihujani dengan kata-kata amarah penyokong mereka sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CakapSukan (@cakapsukan)

Kemarahan penyokong Sri Pahang ada asasnya. Selepas 10 perlawanan yang dilalui, Sri Pahang FC setakat ini hanya berjaya merekodkan dua kemenangan dan berada di kedudukan kedua tercorot liga dengan enam mata.

Untuk rekod, skuad Sri Pahang adalah antara kelab yang paling berani berbelanja selepas menggantikan sehingga tiga pemain import pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia yang lalu.

Kongsi artikel ini