Kediaman Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward di Chesire telah diserang oleh sekumpulan lelaki.
Serangan dengan balingan suar tersebut turut datang dengan ancaman ‘beliau akan mati’.
Pagi ini tular di media sosial sebuah video menunjukkan rakaman video tersebut. Ia memaparkan sekumpulan lelaki membaling suar ke arah sebuah kediaman dengan pagar yang besar.
Just seen a video surface of United fans allegedly firing Flares at Ed Woodward’s House, Thoughts? pic.twitter.com/sjXTRqOSPy
— Madman Mason (@MadmanMason3) January 28, 2020
Manakala sekumpulan lelaki lain menyanyikan nyanyian berbaur kebencian yang disasarkan kepada Woodward.
Woodward yang sudah berkeluarga dan mempunyai dua anak kecil dipercayai tidak berada di kediaman tersebut pada ketika itu.
Manchester United pula memberikan ancaman sesiapa sahaja yang bertindak sehingga melanggar peraturan dan melakukan jenayah akan digantung seumur hidup.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, kelab tersebut berkata:
Manchester United fans reportedly attacked Ed Woodward’s home with flares.
Woodward and his family were not at home at the time of the attack. pic.twitter.com/UuSiq9pJcg
— B/R Football (@brfootball) January 28, 2020
“Penyokong yang tampil dengan pendapat mereka adalah satu perkara berbeza. Kerosakan akibat perbuatan jenayah dan niat menganca nyawa seseorang adalah perkara lain.
“Tidak ada alasan untuk perkara tersebut.
“Kita semua tahu bahawa dunia bola sepak akan bersatu di belakang kami, tatkala kerjasama dengan pihak Greater Manchester Police dalam usaha mencari identiti individu terlibat dalam serangan tersebut.”
Woodward adalah subjek kepada penyokong Manchester United yang tidak senang akan aktiviti di kelab tersebut sejak beberapa minggu yang lalu.
Manchester United kini menduduki tangga ke-5 Liga Perdana Inggeris – ketinggalan 33 mata di belakang pendahulu Liverpool.
This spineless attack on Ed Woodward's home is an act by moronic vandals and NOT Manchester United fans.
Expressing our opinions is one thing, but this is totally out of order. There is simply no excuse for this. #MUFC pic.twitter.com/DLrHmeNHKm
— UTD B⚽X (@UTDbox) January 29, 2020
Prestasi kelab tersebut menjadi sebab utama mengapa penyokong The Red Devils marah.
Ramai mempersalahkan warga Amerika Syarikat berusia 48 tahun itu kerana sering gagal melakukan rundingan untuk mendapatkan prospek pemain baharu.
Dalam perlawanan di Old Trafford menentang Burnley, dan kemudian Tranmere, penyokong tidak lagi berselindung menyanyikan lagu kebencian terhadap Woodward, sambil meminta pemilik kelab, keluarga Glazer untuk pergi.
Pada 2004, insiden hampir sama pernah berlaku melibatkan Pengarah kelab, Maurice Watkins.
Kenderaan beliau diserang penyokong United selepas saham beliau dijual kepada Malcolm Glazer yang pada ketika itu sedang berusaha menyelesaikan pengambilalihan.
Woodward adalah penasihat kewangan kepada keluarga Glazer semasa proses pengambilalihan pada 2005, sebelum diberikan jawatan di dalam pengurusan tertinggi kelab.
Manchester United akan berhadapan dengan Manchester City di perlawanan timbal balik Piala Carabao di Etihad pada awal pagi nanti
Skuad Ole Gunnar Solskjaer bakal melalui perlawanan yang sukar selepas ketinggalan 3-1 secara agregat.