Jika kedudukan di atas kertas dijadikan ukuran, ia ibarat sebuah cerita dongeng yang menjadi legenda dan akan dikenang zaman berzaman.
Ini selepas pemain badminton wanita negara, S. Kisona menewaskan wakil dari Indonesia, Ruseli Hartawan di perlawanan akhir acara badminton wanita perseorangan untuk emas pertama negara dari acara tersebut.
Pemain berusia 21 tahun itu agak gugup pada set pertama apabila banyak melakukan kesilapan sebelum tewas 22-20.
Badminton: Kisona pastikan emas pertama Malaysia
Posted by Astro Arena on Sunday, December 8, 2019
Namun Kisona kemudiannya bangkit di set kedua dalam perlawanan yang diadakan di Kompleks Sukan Muntinlupa, Metro Manila tersebut.
Set kedua menyaksikan dominas Kisona ke atas lawannya untuk menang 21-14. Pada set penentuan, Kisona memastikan emas di dalam genggaman apabila Ruseli yang keletihan gagal melawan untuk Kisona menang 21-13.
Untuk rekod, Kisona hanya hadir ke Manila untuk menggantikan Goh Jin Wei yang mengalami masalah kesihatan. Berada di ranking ke-104 dunia, Kisona mengejutkan pemain di ranking ke-24 dunia dari Indonsia, , Gregoria Mariskan Tunjung sebelum ke separuh akhir.