VIDEO: Detik Cemas Pelumba NASCAR Ryan Newman Kemalangan Ngeri Di Daytona 500

Ryan Newman dikejarkan ke hospital selepas terlibat dengan kemalangan ngeri di Daytona 500 pada Isnin lalu.

Newman yang merupakan pelumba Roush Fenway Racing telah dilanggar dari belakang.

Impak itu menyebabkan kenderaan yang dipandu oleh Newman melayang menghendam dinding litar, berlipat beberapa kali di udara, sebelum dilanggar sekali lagi oleh pelumba lain yang tidak boleh mengelak dari belakang.

Kemalangan itu turut mencetuskan kebakaran pada kenderaan Newman sebelum tindakan pantas petugas pertandingan memadam api yang mulai marak.

Impak dari kemalangan turut menyebabkan kenderaan Newman terseret beberapa meter dari lokasi insiden asal.

Melaui satu kenyataan ringkas yang dimuat naik di laman sesawang, NASCAR mengesahkan pelumba tersebut telah dikejarkan ke hospital.

Newman sedang mendahului perlumbaan ketika insiden tersebut berlaku.

Perlumbaan akhirnya dimenagi oleh Denny Hamlin.

Tindakan Hemlin meraikan kemenangan di Daytona 500 ini turut dikritik oleh peminat Newman yang menganggap pelumba tersebut sebagai tidak sensitif.

Bekas pelumba NASCAR, Dale Earnhardt Jr dan Kurt Busch adalah antara yang terawal melakukan ciapan di Twitter berdoa untuk Newman.

Ryan Newman atau nama samaran beliau ‘Rocket Man’ adalah pelumba NASCAR berusia 42 tahun dan berasal dari Indiana, Amerika Syarikat.

Sehingga aertikel ini ditulis, laporan daripada CNN melaporkan pemandu tersebut mengalami kecederaan yang serius.

Bagaimanapun keadaan tersebut tidak mengancam nyawa.

 

Kongsi artikel ini