Pengkritik menggelar bintang WWE ini sebagai sekadar mencuri tumpuan. Tetapi perlawanan kesudahan UFC 81 mengejutkan ramai pihak.
Brock Lesnar mendiamkan pengkritik dan membuktikan tanggapan tersebut salah, apabila menjadkan perlawanan bersama Frank Mir sebagai satu perseteruan yang panas.
Lesnar menyertai UFC pada Oktober 2007, dan penyertaan beliau di sukan tempur bebas ini mendapat liputan besar media.
Mulai mencipta nama di WWE selama empat tahun sebelum itu, ramai bertanggapan Lesnar akan bergelut dan akan dibelasah lawan kerana bertukar arena.
Penampilan pertama MMA di Las Vegas dianggap sebagai ‘permulaan’ buat Lesnar, menentang Mir pada 2008.
Sebelum itu, Lesnar hanya pernah melalui satu perlawanan ketika menewaskan Kim Min-Soo dari Jepun.
Frank Mir vs Brock Lesnar at UFC 81 in Las Vegas, NV on February 2, 2008. #DWCOTD pic.twitter.com/pdHLZHntP8
— Dana White (@danawhite) December 22, 2015
Tetapi lelaki yang akan mengalu-alukan Lesnar ke oktagon kali ini adalah bekas juara heavyweight UFC. Ia bagaikan satu perlawanan tanpa belas kasihan buat Lesnar.
Sebagai perbandingan, Mir mempunyai pengalaman yang luas, dan pernah menewaskan Kim hanya dalam kiraan 69 saat.
Tetapi siapa dapat menjangkakan debut Lesnar dengan Mir juga akan melalui tempoh yang lebih kurang sama.
Lesnar nyata tidak memberi ruang kepada Mir sejak permulaan, dan memperolehi takedown pada awal perlawanan untuk menghukum lawanya itu.
Mir bernasib baik kerana pengadil, Steve Mazzagatti tampil dengan keputusan kontroversi kerana menganggap Lesnar telah melanggar peraturan ketika melakukan serangan.
Untuk itu, Lesnar dipotong satu mata dan perlawanan dimulakan kembali.
Lesnar hilang kelebihan dalam perlawanan ini, tetapi masih berjaya menjatuhkan Mir sekali lagi, sebelum menghasilkan satu hammerfists untuk mengintai kemenangan di pusingan pertama.
Namun Mir kemudiannya berjaya mengalihkan posisi selepas mengalami kecederaan agar teruk, sebelum mengunci kaki Lesnar yang memaksa ‘The Beast’ untuk menyerah kalah.
Walaupun tewas, kemunculan Lesnar di UFC mulai dihormati lawan selepas itu.