Daley Blind berkemungkinan akan berada dalam senarai pemain Erik ten Hag untuk pertemuan menentang Utrecht di saingan Eredivisie pada hujung minggu ini.
Blind sebelum ini pernah didiagnogsis dengan masalah jantung yang menyebabkan pemain tersebut terpaksa disisihkan selama dua bulan.
Secara spesifiknya pemain pertahanan berusia 29 tahun itu didapati mengalami masalah bengkak pada otot jantung, atau turut dikenali sebagai ‘cardiomyopathy’.
Pemain antarabangsa Belanda itu kemudiannya terpaksa melalui beberapa ujian, dan doktor telah melakukan implan – ‘cardioverter-defibrillator’ – alat khas yang digunakan untuk menjadikan ritma jantung menjadi normal.
Great news.
Daley Blind will return to the Ajax first team squad on Sunday after being diagnosed with a heart condition in December.https://t.co/v5BJsBumIX pic.twitter.com/c8ZUWZkF0Z
— BBC Sport (@BBCSport) February 7, 2020
Alat itu akan mengelak sebarang kejadian serangan jantung, termasuk membenarkan Blind kembali ke padang dari tarikh awal yang dijangka.
Bekas pemain Manchester United itu kembali menyertai rakan sepasukan untuk latihan penuh pada minggu ini, dan mungkin berpeluang diturunkan untuk beberapa minit aksi di Stadion Galgenwaard.
Kepulangan Blind pasti melegakan penyokong dan jurulatih, Erik ten Haag, tatkala Ajax masih bersaing dalam beberapa pertandingan utama pada musim ini.
Blind adalah pemain utama Ajax sebelum masalah jantung yang dialaminya, beraksi 25 perlawanan melangkaui semua pertandingan pada separuh musim ini.
We've missed you, @BlindDaley. ♥#utraja pic.twitter.com/yOVk1cwBtg
— AFC Ajax (@AFCAjax) February 7, 2020
Ajax masih mampu berada di hadapan lawan mereka di Erdivisie tatkala Blind disisihkan, namun hanya memiliki kelebihan tiga mata ke atas Feyenoord di kedudukan kedua sekarang.
Skuad kendalian Ten Haag turut mempunyai perlawanan suku akhir Piala KNVB menentang Vitesse pada bulan ini, dan perlawanan menentang Getafe di pusingan 32 Liga Europa.
Ajax merekodkan kemenangan bermakna 1-0 menentang PSV sebelum ini, selepas tewas di Groningen pada minggu sebelumnya.
Ajax dijangka tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan tiga mata menentang Utrecht, yang kini menduduki tangga ke-7 di Eredivisie.
Sempena kepulangan Blind, Ajax telah menyediakan satu video khas. Saksikan sepertti di atas.