Meskipun sudah bersara bergelar pemain badminton, Datuk Lee Chong Wei masih mengikuti rapat sukan tersebut dan penyertaan atlet negara di pertandingan-pertandingan utama di seluruh dunia.
Terbaru, bekas pemain badminton No.1 dunia itu mengucapkan tahniah dan syabas atas pencapaian skuad badminton negara yang berjaya membawa pulang tiga pingat emas, dua perak dan lima gangsa untuk muncul juara keseluruhan acara tersebut mengatasai Indonesia.
Zii Jia lengkapkan sapuan bersih pingat emas untuk acara perseorangan badminton di Sukan SEA 2019!
Power!
Posted by Grandstand Kita on Monday, December 9, 2019
Semalam pemain perseorangan lelaki dan wanita negara, Lee Zii Jia dan S. Kisona masing-masing meraih pingat emas pada acara masing-masing. Untuk rekod, kali terakhir pasukan negara meraih emas pada kedua-dua acara perseorangan di temasya serantau ini adalah pada 46 tahun yang lalu.
Zii Jia menundukkan pemain Singapura Loh Kean Yew menerusi kemenangan 21-18 dan 21-18, manakala Kisona bergelut sebelum menumpaskan pemain muda Indonesia, Ruselli Hartawan menerusi kemenangan 20-22, 21-14 dan 21-13 pada aksi final di Kompleks Sukan Muntinlupa, Manila
Cabaran skaud badminton negara semakin manis apabila beregu lelaki negara turut meraih pingat emas untuk menamatkan penantian 16 tahun bagi kategori tersebut setelah gandingan Aaron Chia/Soh Wooi Yik menewaskan pasangan Thailand, Bodin Isara/Maneepong Jongjit pada aksi final menerusi keputusan 18-21, 21-15 dan 21-16.
“Pingat emas badminton # SEAGames2019 perseorangan wanita S.Kisona, kebangkitan yang hebat sekali! Lee Zii Jia perseorangan lelaki kita menggandakan kegembiraan mengutip satu lagi pingat emas, Aaron Chia & Soh Wooi Yik, menamatkan penantian 16 tahun dan membawa pulang pingat emas lelaki beregu. Memang ganas!
“Pasangan campuran kita Goh Soon Huat-Shevon Lai pula raih pingat perak! Syabas!,” ujar Lee Chong Wei dalam muat naik di Instagram beliau.
Untuk rekod, gandingan Aaron Chia/Soh Wooi Yik tidak pernah memenangi sebarang kejohanan utama sepanjang karier mereka sejak digandingkan pada 2017.
Ini merupakan kejuaraan pertama dalam kerjaya Aaron dan Wooi Yik selepas himpunan keputusan sebagai naib juara, termasuk Seluruh England 2019.