VIDEO: Bekas Pengadil Final Piala Malaysia Diserang Pemain

Hari ini tular satu video bekas pengadil Piala Malaysia 2018, Suresh Jayaraman diserang oleh pemain dan pegawai sebuah pasukan bola sepak ketika mengadili perlawanan bola sepak Liga Sosial.

Kejadian dipercayai berlaku di perlawanan akhir Selangor Champions League pada pertang tadi di Stadium Shah Alam.

Suresh sebelum ini pernah dipalit kontroversi disebabkan keputusan yang dilakukannya ketika mengadili perlawanan akhir Piala Malaysia diantara Peran dan Terengganu pada 2018.

Perlawanan akhir Selangor Champions League 2019, menemukan pasukan Kuala Selangor Batu Dua FC dan Kingstown Klang FC.

Perlawanan tersebut terpaksa dihentikan pada minit ke-63 perlawanan selepas kontroversi dan insiden yang berlaku.

Kingstown Klang FC yang ketinggalan 0-4 pada ketika itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas bekas pemain profesional, Abdul Manaf Mamat dilayangkan kad merah susulan kekasaran yang dilakukan terhadap pengadil perlawanan, Suresh Jayaraman.

Perkara itu membuatkan kem Kingstown Klang FC berang dengan tindakan pengadil.

Aksi yang bersambung semula selepas itu menyaksikan pemain Kingstown FC beraksi dalam keadaan penuh emosi, sehingga memaksa pengadil melayangkan satu lagi kad merah kepada seorang lagi pemain Kingstown.

Keadaan itu menyebabkan keadaan semakin luar kawalan, dan Suresh dilihat dibawa keluar dari padang sambil cuba diserang oleh pemain dan pegawai pasukan Kingstown.

Di dalam keadaan ini kami percaya semua pihak terutama pemain harus lebih bijak mengawal emosi ketikan perlawanan.

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email