VIDEO: Ball Playing Centre Back Berusia 16 Tahun, Bukti Ajax Milki Asas DNA Kukuh

Apabila sesebuah pasukan memiliki DNA bola sepak, ini bermakna pasukan itu memiliki cara bermain yang tersendiri.

Total football misalnya adalah bola sepak yang sinonim dengan cara Ajax beraksi. Begitu juga dengan skuad Belanda di Piala Dunia 1974.

Total football adalah falsafah dan cara bermain yang dipopularkan oleh legenda bola sepak Ajax dan Belanda, Johan Cryuff.

Apakah asas kepada total football?

Ramai mengatakan formasi ‘total football’ ialah 10! 10 pemain yang bergerak bebas di atas padang, mempunyai keupayaan mengambil posisi yang ditinggalkan rakan sepasukan demi memastikan ‘fluidity’ pasukan ketika melakukan serangan.

Ia mungkin penjelasan paling asas mengenai total football. Tetapi bola sepak sentiasa berevolusi.

Misalnya pada hari ini, seorang pemain pertahanan  tengah bukan sekadar perlu bertahan. Lebih daripada itu, seorang pemain pertahanan juga perlu bijak membuka ruang untuk melakukan serangan.

Video aksi pemain pertahanan tengah B-16 Ajax ini menarik perhatian kami. Olivier Aertssen adalah produk akademi Ajax.

Perhatikan bagaimana Olivier melakukan scanning ketika memperolehi bola, sebelum menyerang ruang kosong di hadapan.

Begitu juga visi beliau ketika melakukan hantaran untuk mencari rakan sepasukan. Aksi beliau persis seorang pemain tengah.

Konsep kepada total football itu kekal. Walaupun beraksi sebagai pemain pertahanan, Olivier tidak kekok untuk membantu bahagian serangan ketika diperlukan.

Perkara ini seolah-olah dibentuk secara semula jadi di dalam pembangunan bola sepak di Ajax.

Jika dahulu Ajax pernah menghasilkan Mattijs de Ligt, maka nampaknya kini seorang lagi ball-playing centre back berkelas dunia akan dihasilkan oleh kelab Belanda ini sekali lagi.

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email