‘Class is permanent’ kata madah Inggeris. Dan Ashley Young tidak perlu menunggu lama untuk membuktikan keupayaan beliau kepada penyokong Inter Milan, atau pun mungkin juga Manchester United.
Sebelum ini Ole Gunnar Solskjaer mengakui keberatan untuk melepaskan Young,.
Namun pemain itu lebih tertarik dengan tawaran Inter Milan kerana kelab itu sanggup menawarkan beliau kontrak setahun setengah.
Ashley Young has now provided more Serie A assists for Inter Milan this season (1) than he managed in 12 Premier League games for Man Utd.
The perfect debut. 🎯 pic.twitter.com/6h9vHWIeSg
— Squawka Football (@Squawka) January 26, 2020
Kontrak asas adalah enam bulan. Namun Young berpotensi mendapat tawaran setahun lagi.
Berada di dalam kesebelasan utama skuad kendalian Antonio Conte untuk penampilan pertama di Serie A, Young hanya memerlukan 29 minit untuk memastikan kehadiran beliau dirasai.
Hantaran lintang ikonik beliau dari sebelah kanan, berjaya menemui Laturo Martinez yang hanya perlu melonjak mudah untuk menanduk masuk gol pendahulan Inter berhadapan Cagliari di San Siro.
— Opinions 🅙 (@HiJustMyOpinion) January 26, 2020
Young baru tiba di San Siro sembilan hari yang lalu, dan kini tampak seperti mudah menyesuaikan diri dengan kelab baharunya itu.
Conte yang sinonim dengan sistem 3-5-2 bersama Inter, bermakna Young boleh beraksi di posisi kiri dan kanan bek sayap.
Young telah beraksi sebanyak 261 kali untuk Manchester United. Beliau menyertai Manchester United dari Aston Villa pada 2011.
29 minutes into his debut and @youngy18 has his first assist for @Inter_en 🔵⚫️ pic.twitter.com/3Nu7CDEBXx
— FootballJOE (@FootballJOE) January 26, 2020
Ashley Young telah menjaringkan 19 gol di sepanjang karier beliau di Old Trafford.
Beliau memenangi Liga Perdana Inggeris, Piala FA, Piala Liga, dan Liga Europa.
Sebelum ini Young telah dilantik menjadi ketua pasukan Man United menggantikan Antonio Valencia. Tugas itu kini akan digalas oleh Harry Maguire.
Namun musim ini menyaksikan penampilan beliau bersama United amat terhad.
Inter hanya perlu membayar £1.28 juta untuk membawa Young ke San Siro.
Ashley Young is feeling at home already…
An assist on his Inter debut 🎯 pic.twitter.com/e9GmGZGyXZ
— Football on BT Sport (@btsportfootball) January 26, 2020
Perlawanan di antara Inter dan Cagliari bagaimanapun berakhir dengan seri 1-1.
Gol penyamaan oleh Cagliari dihasilkan oleh Radja Nainggolan hasil hantaran Joao Pedro.
Selain daripada Young, dua lagi bekas pemain Manchester United, Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez turut beraksi dalam perlawanan ini.
Perlawanan turut dicemari dengan layangan kad merah kepada Martinez kerana reaksi membantah pengadil.
Dengan keputusan ini, Inter kekal berada di kedudukan kedua dengan 50 mata, ketinggalan satu mata di belakang Juventus yang mempunyai kelebihan satu perlawanan.
Juventus akan berhadapan dengan Napoli di Stadium Sao Paolo pada awal pagi nanti.