VIDEO: Aksi Dan Jaringan Martin Odegaard Yang Meruntun Jiwa Santiago Bernabeu

Martin Odegaard diibaratkan seperti duri dalam daging dalam kemenangan bergaya Real Socidead ke atas kelab utama beliau, Real Madrid.

Odegaard adalah pemain Real Madrid, namun menyertai Real Sociedad secara pinjaman sejak musim panas lalu.

Sociedad kini adalah kelab ketiga Odegaard beraksi secara pinjaman selain Heerenveen dan Vitesse sejak tiga tahun yang lalu.

Dalam aksi suku akhir Copa Del Rey pada awal pagi tadi, emain kebangsaan Denmark itu membantu Real Sociedad menang 4-3 ke atas Real Madrid di Santiago Bernabeu.

Real Madrid nyata tidak mempunyai jawapan kepada Real Sociedad yang tampil mempamerkan aksi meyakinkan untuk mereka menang.

Malah pada satu ketika, skuad kendalian Zinedine Zidane ketinggalan 3-0 dalam perlawanan ini.

Odegaard yang dibenarkan berhadapan dengan kelab utama beliau membuka tirai jaringan seawal minit ke-22 perlawanan.

Dua lagi gol oleh Real Sociedad dijaringkan oleh pemain Sweden, Alexander Isak.

Namun begitu Real Madrid melakukan kebangkitan yang luar biasa dan berjaya menjaringkan 3 gol pada babak kedua perlawanan.

Kebangkitan Los Blancos dimulakan oleh pemain pertahanan dari Brazil, Marcelo yang menjaringkan gol pertama Real Madrid pada minit ke-59.

Ketika Real Madrid meraikan gol pembukaan tersebut, tidak lama kemudian, giliran Mikel Merino meletakkan Sociedad kembali empat gol di hadapan.

Real Madrid terus berusaha untuk mengelak daripada tersingkir di pusingan suku akhir ini.

Usaha mereka akhirnya dibalas apabila berjaya meraih gol kedua menerusi Rodrygo pada minit ke-81 perlawanan.

Tiga minit memasuki masa kecederaan, Nacho merapatkan kedudukan untuk Real Madrid kepada 4-3.

Walaubagaimanapun, gol itu agak terlalu terlewat dan Real Sociedad mempertahankan kelebihan jaringan untuk pasukan bimbingan Zinedine Zidane tersingkir.

Pengganti Thibaut Courtois yang direhatkan untuk perlawanan ini, iaitu Alphonse Areola gagal menunjukkan aksi yang cemerlang.

Begitu juga dengan aksi pemain senior seperti Marcelo. Walaupun menjaringkan gol dalam perlawanan ini, namun secara pertahanan beliau sekali lagi menunjukkan kepada musim ini mengapa Zidane lebih percayakan pemain seperti Ferland Mendy.

Marcelo sangat tidak konsisten sejak beberapa musim yang lalu. Gareth Bale pula tidak disenaraikan dalam aksi kali ini dan percaturan Zidane kali in i seperti memakan diri sendiri.

Real Madrid kini perlu fokus kepada aksi La Liga, di mana mereka di kedudukan tangga teratas.

Kekalahan ini, dan gol oleh Odegaard seperti satu tamparan kepada mereka yang hadir di Estadio Santiago Bernabeu.

Kongsi artikel ini