Erling Braut Haaland menjaringkan sembilan gol ketika membantu Norway membelasah Honduras 12-0 di pertandingan Piala Dunia Bawah 20, yang sedang rancak berlangsung di Poland pada tahun lalu
Kemenangan 12 gol itu merupakan rekod baharu kejohanan, dan merupakan rekod jaringan tertinggi oleh seorang pemain dalam satu perlawanan.
Rekod sebelum ini dipegang oleh Adailton Martin yang menjaringkan enam gol untuk membantu Brazil membelasah Korea Selatan 10-3 dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Sarawak, Kuching – ketika Malaysia menjadi tuan rumah pada 1997.
Sembilan gol tersebut cukup untuk menjadikan Haaland sebagai penjaring terbanyak kejohanan pada tahun lalu.
Erling Braut Haaland
Haaland adalah anak kepada bekas pemain tengah Norway, Alf-Inge Haaland, membuka tirai jaringan seawal minit ke-7 perlawanan. Honduras mengakhiri perlawanan dengan sembilan pemain, sebelum Haaland melengkapkan sembilan jaringan pada masa kecederaan.
Pemain berusia 19 tahun itu kini terus menyerlah bersama Borussia Dortmund setelah berhijrah dari Red Bull Salzburg pada jendela perpindahan Januari lalu.
Pemain berbakat besar dari Norway ini koni sudah menjaringkan 11 gol dari tujuh perlawnan untuk Borussia Dortmund musim ini.
Norway gagal
Kemenangan ini menyaksikan Norway menduduki tangga ketiga Kumpulan C, tatkala Honduras berada di kedudukan tercorot. Hanya dua pasukan dari setiap kumpulan akan layak ke pusingan berikut secara automatik.
Malangnya Norway gagal pergi jauh dalam kejohanan ini, namun ia tetap menjadi pengalaman berharga buat Haaland.
Berdasarkan prestasi semasa, Haaland pasti akan membarisi skuad senior Norway bila-bila masa diperlukan.