Pemain berasal dari Chile, Arturo Vidal mendedahkan faktor utama yang membuatkan Barcelona gagal mempertahankan kejuaraan La Liga pada musim ini.
Kejuaraan La Liga pada musim ini telah dimenangi oleh seteru utama kelab Catalan itu di pertandingan domestik, Real Madrid.
Barcelona tertinggal 5 mata berbanding Real Madrid pada ketika saingan La Liga 2019/20 berakhir.
Banyak faktor dalaman dilihat sebagai punca kegagalan Barcelona pada musim ini. Antaranya ialah pertukaran pengurus dari Ernesto Valverde ke Quique Setien pada Januari.
.@FCBarcelona midfielder Arturo Vidal questions whether or not coach Quique Setien will remain at the club for the 2020-2021 season https://t.co/2yALjBbdzn @kingarturo23 pic.twitter.com/nYBXYkkv6v
— Xinhua Sports (@XHSports) July 29, 2020
Malangnya pertukaran pengurus turut gagal memberikan impak yang diharapkan oleh Barcelona. Namun menurut Vidal ketibaan Setien adalah punca utama kepada kegagalan Barcelona.
“Bersama Setien tidak banyak mampu kami lakukan. Perubahan terjadi dengan tiba-tiba dan kami telah mencuba untuk beradaptasi,” ujar Vidal kepada siaran televisyen Win Sports TV.
Sebelum saingan dihentikan akibat penularan wabak global, skuad pimpinan Lionel Messi sempat mendahului Real Madrid dengan dua mata.
Namun selepas saingan dimulakan kembali, gergasi Catalan itu nyata gagal bersaing dengan prestasi cemerlang dan konsisten Los Blancos.
Vidal wants Barcelona to settle Setien’s future https://t.co/FDoYxEm0Iv
— MetroLife Nigeria (@metrolifeng) July 30, 2020
Barcelona bukan saja gagal di saingan Liga Spanyol, tetapi juga di Copa del Rey di bawah pimpinan Setien. Perjalanan Barcelona di Copa del Rey terhenti di suku akhir apabila kalah 0-1 dari Athletic Bilbao.
Di pertandingan Piala Super Spanyol langkah Barcelona juga kandas di tangan Atletico Madrid setelah tewas 2-3. Namun pada ketika itu Barcelona masih dilatih Ernesto Valverde.
Skuad Blaugrana masih memiliki satu pertandingan untuk kesempatan merangkul kejuaraan, iaitu di pertandingan Champions League.
Barcelona akan menghadapi Napoli di perlawanan kedua 16 pasukan terbail di Nou Camp pada 9 Ogos hadapan.
Pertemuan pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Itali, bermakna Barcelona wajib menggunakan kelebihan aksi di tempat sendiri untuk mara ke uku akhir.
“Kami berusaha beradaptasi dengan situasi ini dan ketika musim berakhir, kelab harus memilih masa depannya dengan baik,” tambah Vidal merujuk kepada Setien.
“Mereka harus memutuskan apakah jurulatih yang sama akan tetap bertahan, apakah mereka akan mendatangkan pemain baru, jika jurulatih yang sama dikekalkan.”