VAR Bayangi Kemenangan Real Madrid – 2 Mata Sahaja Lagi Untuk Jadi Juara La Liga

Real Madrid memerlukan dua lagi kemenangan, atau enam mata sahaja lagi untuk bergelar juara La Liga pada musim ini selepas memebenam cabaran Alaves pada awal pagi tadi.

Sepakan penalti Karim Benzema meletakkan Real di hadapan pada minit ke-11 perlawanan selepas Ximo Navarro dipersalahkan kerana mengasari Ferland Mendy.

Benzema kemudiannya mengumpankan bola untuk disempurnakan Marco Asensio pada minit ke-50 untuk menggandakan kelebihan.

Jaringan tersebut pada mulanya dibatalkan oleh VAR kerana offside, namun diberikan oleh pengadil kerana VAR dikatakan melakukan kesilapan.

Kemenangan tersebut bermakna juara bertahan, Barcelona ketinggalan 4 mata dan jika kelab Catalan itu tewas kepada Real Vallodolid pada Sabtu, Real boleh disahkan juara seawal Isnin hadapan sekiranya menewaskan Granada.

Tak kisah sama ada: dua lagi kemenangan; atau satu menang dan dua seri, kejuaraan pada musim ini akan menjadi milik anak buah Zinedine Zidane.

Alaves kini tiga hanya berada tiga mata dari zon penyingkiran, dan dibimbing oleh pengendali baharu, Juan Lopez Muniz.

Jurulatih sebelum ini, Asier Garitano melepaskan jawatannya selepas Alaves tewas lima perlawanan berturut-turut.

Namun skuad Basque itu terlebih dahulu hampir mengejutkan Los Blancos apabila tandukan bekas penyerang Stoke dan Newcastle, Joselu mengegarkan palang gol.

Percbaan susulan oleh Lucas Perez pula diselamatkan oleh Raphael Varane di atas garisan gol.

Jika Real berjaya muncul juara La Liga, ia adalah kali kedua dalam tempoh lapan tahun mereka berjaya melakukannya,

Kali terakhir Real Madrid bergelar juara liga ialah pada musim 2016/17, iaitu pada musim terakhir Zidane mengendalikan pasukan itu sebelum ini.

 

Kongsi artikel ini