Valverder Dedah Bagaimana Messi Analisis Pertahanan Lawan, Sebelum Musnahkannya

Mungkin ada di kalangan anda yang perasan bagaimana Lionel Messi sekadar berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa pada setiap minit awal perlawanan.

Ia mungkin perkara biasa bagi sesetengah pemain, mungkin juga pelik kerana kebiasaannya pemain akan beraksi dengan agresif pada minit awal perlawanan.

Namun menurut Ernesto Valverde yang pernah mengendalikan Messi dan Barcelona sebelum ini, ia adalah kaedah pelik untuk pemain itu melakukan kajian terhadap pemain lawan.

Jurulatih berusia 55 tahun itu yang datang sebagai pengganti Luis Enrique pada 2017 menjelaskan bagaimana pemain boleh memahami permainan, ketika mendedahkan mengenai kebolehan luar biasa Messi.

Bercakap kepada The Financial Times, Valverde berkata “anda tidak boleh berfikir, anda harus bermain” ketika berada di atas padang.

Namun demikian Valverde bersetuju methodologi dan kaedah itu adalah terkecuali untuk Messi.

Menurut Valverde, Messi akan menggunakan minit-minit awal permainan untuk cuba membaca permainan.

Daripada terus terlibat dengan gerakan pasukan, Messi akan mengambil sikap tidak peduli terhadap bola untuk mengkaji pemain pertahanan lawan, dengan berjalan sekeliling mereka.

Messi akan memerhatikan setiap langkah oleh mereka dengan terperinci, seperti cuba menghafal setiap gerakan dan perubahan posisi di dalam mindanya, sambil mengesan kelemahan.

“Apabila permainan terus berjalan, beliau akan terlibat sedikit demi sedikit. Tetapi pada ketika itu beliau sudah mulai memahami kelemahan pemain lawan,” jelas Valverde.

Hasilnya luar biasa dan gerakan yang dilakukan sukar dijangka dari pemain seolah-olah terapat peta minda kelemahan lawan di dalam kepalanya.

Selain daripada pendedahan Valverde, Presiden Barcelona Josep Bartomeu dalam kolum yang sama turut mendedahkan bagaimana Messi dan beberapa pemain lain telah menghalang Barcelona mendapatkan pemain yang kelab mahukan.

Ini kerana dengan pemain seperti Lionel Messi, Xavi dan Andres Iniesta di dalam pasukan, sukar untuk pemain baharu mendapatkan tempat beraksi di dalam kesebelasan utama.

“Saya ada contoh pemain yang berkata demikian – pemain yang menjadi nadi penting di kelab lain. Kami mengajak mereka datang. Mereka terjua tetapi kemudiannya berkata: ‘Saya tidak boleh datang kerana tidak mahu berada di bangku simpanan.’

 

Kongsi artikel ini