Dalam bola sepak , kita akan sentiasa dihidangkan skill bola sepak bertaraf dunia. Kemahiran menggelecek , sepakan percuma , mengambil penalti , gaya sepakan sudut dan cara menjaringkan gol dengan penuh kesenian yang dipersembahkan oleh pemain yang mempunyai skill individu yang begitu baik sekali.
Awal pagi tadi perlawanan di Bundesliga , kelab Borussia Moncengladbach yang berdepan dengan tuan rumah Bayern Leverkussen telah memperlihatkan sebanyak tujuh gol terhasil daripada kedua belah pasukan.
Salah satu jaringan cantik telah terhasil daripada Valentino Lazaro , pemain tengah M’Gladbach pada minit masa tambahan selepas masa sebenar perlawanan telah berlalu.
Monchengladbach’s Valentino Lazaro really scored this 🤯 pic.twitter.com/30Mxy6cGq0
— B/R Football (@brfootball) November 8, 2020
Tenang menerima hantaran lambung daripada Herrmann , beliau mengelirukan salah seorang pertahanan Leverkussen yang cuba membuat pressing keatasnya dengan mengangkat badannya sambil kaki kanan belakangnya menyepak bola tersebut ke gawang gol. Ia begitu cantik sekali.
Jaringan cantik itu boleh diangkat sebagai calon FIFA Awards Puskas Goal bagi tahun 2020 berdasarkan pujian dan komen daripada peminat yang menonton video perlawanan itu.
The best consolation goal you'll ever see 🦂💥#B04BMG @valentinolazaro pic.twitter.com/LrnnC4dP2C
— Bundesliga English (@Bundesliga_EN) November 8, 2020
Skill itu dipanggil ‘Scorpion kick atau reverse bicycle kick. Ramai pemain – pemain terbaik di peringkat amatur dan professional telah berjaya melakukannya.
Salah satu ‘scorpion kick’ yang paling diingati ialah daripada Rene Higuita dalam perlawanan persahabatan antara England dan Columbia. Bersahaja dan tenang beliau menyelamatkan pintu gawang golnya menggunakan scorpion kick dengan begitu yakin sekali.
Walau bagaimanapun keputusan di akhir perlawanan menyaksikan tuan rumah Leverkussen menang ke atas M’Gladbach 4-3. Menurut carta Bundesliga , kelab M’Gladbach berada di tangga ke tujuh. Leverkussen berada di tangga ke empat.
Kelab M’Gladbach juga mempunyai seorang penyerang , anak kepada legenda Perancis , Lilian Thuram yang bernama , Marcus Thuram 23 , yang telah mendapat panggilan pertama untuk skuad Perancis dalam menghadapi perlawanan persahabatan pada minggu hadapan.