Expand To Show Full Article
Uruguay FF Pecat 400 Kakitangan, Termasuk Jurulatih Legenda Oscar Tabarez - Grandstand Kita

Uruguay FF Pecat 400 Kakitangan, Termasuk Jurulatih Legenda Oscar Tabarez

Persekutuan Bola Sepak Uruguay (AUF) memecat 400 kakitangan termasuk pengurus legenda Oscar Tabarez, yang memimpin pasukan negara terebut muncul juara Copa America pada 2006.

AUF dalam kenyataannya berkata langkah tersebut terpaksa diambil demi memastikan ekonomi badan bola sepak negara itu terus berjalan selepas menerima impak dari penularan wabak.

Wabak yang melanda seluruh negara pada ketika ini menyebabkan bola sepak di seluruh dunia mengalami masalah ekonomi yang teruk.

“Komiti eksekutif berkata disebabkan oleh krisis kesihatan yang menangguhkan segala jenis aktiviti, maka beberapa keputusan sukar terpaksa diambil demi melindungi fungsi institusi ini,” kata AUF.

Pengumuman tersebut dilakukan bertujuan untuk membenarkan setiap kakitangan yang terjejas menuntut insuran pekerjaan masing-masing.

Komiti tersebut bagaimanapun yakin bola sepak boleh disambung semula pada masa hadapan.

Bola sepak di Uruguay telah ditangguhkan sejak 13 Mac lalu. Semua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 turut ditunda akibat krisis global yang melanda.

Tabarez dilantik sebagai jurulatih skuad utama Uruguay buat pertama kali pada 1988, sebelum membimbing pasukan itu ke Copa Amerika pada tahun berikutnya.

Tabarez kemudiannya membimbing Uruguay ke Piala Dunia 1990 yang berlangsung di Itali. Malangnya, skuad La Celeste disingkirkan oleh tuan rumah di pusingan kedua.

Tabarez kemudian meninggalkan kem Uruguay untuk meraih pengalaman di peringkat kelab di beberapa negara seperti Boca Juniors, Velez Sarsfield (Argentina), AC Milan, Cagliari(Itali), dan Real Oviedo (Sepanyol).

Hanya sehingga 2006, Tabarez kembali untuk membimbing pasukan negaranya dan proses membina kembali bola sepak Uruguay dimulakan kembali oleh beliau.

Kongsi artikel ini