UFC 249: Tony Mahu Kejuaraan Khabib Dilucut Kerana Pengecut

Tony Ferguson kini memulakan kempen untuk melucutkan gelaran lightweight Khabib Nurmagomedov, selepas menyelar bakal lawannya itu pengecut kerana takut berhadapan dengannya di UFC 249.

Pada Rabu lali Khabib mengesahkan dari Instagram miliknya bahawa beliau tidak akan bertarung pada di UFC 249 yang dijadualkan pada 18 April akan datang setelah semua pintu sempadan keluar dan masuk Rusia ditutup.

The Eagles sebelum ini menjalani latihan di Amerika Syarikat untuk latihan tersebut sebelum terbang ke Abu Dhabi, sebelum kembali ke Rusia.

Ferguson bagaimanapun mempersoalkan Khabib kembali ke Rusia, dan mengapa tidak berpatah balk ke Amerika Syarikat selepas itu.

Pada masa yang sama petarung yang dikenali dengan gelaran El Cucuy ini turut mengambil kesempatan untuk menembak Conor McGregor.

“Khabib, saya percaya dia sememangnya tahu enggan berlawan,” kata Ferguson ketika bercakap kepada Ariel Helwani di ESPN.

“Saya beritahu awak, beliau sedang selamatkan diri, beliau selamatkan diri.”

Dan mengenai bekas juara kategori lightweigt, McGeegor berkata, “Ia seperti saya seorang pembunuh, dan Khabib dan Conor berlari menyembunyikan ekor di sebalik kaki seperti anjing.

“Saya berlari dengan anjing, tetapi mereka ini lebih teruk dari anjing. Mereka ini hanya sekumpulan p**sies. Khabib adalah anak h***m.

“Saya hanya memberitahu akan membelasah beliau dengan topi ini, beliau sudah terdiam.

“Tak kisahlah ia adalah Khabib, atau pun jika ia adalah Conor. Saya akan belasah mereka habis-habisan. Saya telah menewaskan semua mereka di dalam Top 5 di semua pusingan, dan sekarang mereka tekan butang reset dan berikan saya Top 5 yang lain.

“Saya tidak fikir begitu. Saya sememangnya sudah pun juara.”

Hanya tinggal dua minggu setengah sahaja lagi untuk UFC 249 berlangsung dan Dana White belum lagi mengumumkan lokasi pertarungan selepas terpaksa mencari lokasi baharu.

Justin Gaethje dan Dustin Poirier adalah antara petarung yang telah menawarkan diri berhadapan Ferguson pada 18 April, dan perbincangan dengan Poirier dikatakan telah pun bermula.

Jika pertarungan diantara Ferguson dan Khabin kali ini dibatalkan, maka ini kali kelima ianya terjadi di atas pelbagai sebab.

 

Kongsi artikel ini