UFC 249: Tony Tuduh Khabib Sengaja Guna Alasan ‘Lockdown’ Untuk Larikan Diri

Beberapa hari selepas Khabib Nurmagomedov menjelaskan dirinya kini terperangkap di Rusia, Tony Ferguson tampil berkata petarung dari Rusia itu sengaja menggunakan alasan ‘lockdown’ untuk melarikan diri dari pertarungan membabitkan kedua-duanya.

Beberapa hari lalu Khabib berkongsi melalui Instagramnya menjelaskan keadaan dirinya yang tidak tahu menahu mengenai perkembangan UFC 249.

Khabib turut mendedahkan UFC sentiasa memberikan arahan mengelirukan mengenai lokasi pertarungan selepas Dana White sebelum ini berkara ianya tidak akan diadakan di Amerika Syarikat.

Lockdown di Rusia

Menjelang pertarungan beliau menentang Tony Ferguson untuk kategori Lightweight di UFC 249 pada 18 April hadapan, Khabib Nurmagomedov pula tersekat di Rusia.

Ia berikutan arahan menyeluruh Presiden Rusia, Vladimir Putin yang tidak membenarkan semua penerbangan keluar dan masuk dari dan ke Rusia untuk mengawal pandemik COVID-19.

Secara kebetulan pelaksanaan menutup semua pintu sempadan di negara tersebut dilaksanakan beberapa hari setelah The Eagles tiba di negara asalnya untuk meneruskan latihan setelah Amerika Syarikat turut melakukan perintah berkurung yang sama.

Namun bagi Tony, semua situasi tersebut dilihat sebagai cubaan Khabib untuk melarikan diri dari pertarungan tersebut.

Untuk rekod, pertarungan diantara kedua-duanya telah ditangguhkan sebanyak empat kali sebelum ini atas pelbagai sebab.

“Tarikh 18 April semakin hampir @TeamKhabib dan anda pula bersembunyi di Rusia,” kata Tony.

“Perintah halangan untuk terbang tidak akan menghalang saya membelasah kamu.”

“Jangan jadikan [Lockdown] sebagai alasan untuk melarikan diri kali ini. Anda telah diberikan pelbagai lokasi sebelum ini. Sekarang bagi hami satu. Anak H***m.”

Khabib selar UFC

Sebelum ini Presiden UFC, Dana White menegaskan pertarungan tersebut tetap akan diteruskan di sebuah lokasi yang akan dinyatakan kelak, namun Khabib tetap menyelar UFC kerana sehingga kini tiada lokasi rasmi telah ditetapkan untuk pertarungan tersebut diteruskan.

“Kami berlatih di AKA [Rusia] tanpa sebarang maklumat mengenai pertarungan tersebut dan bagaimana ia akan diadakan,”

“Kemudian UFC memaklumkan kami ianya 100% tidak akan diadakan di Amerika Syarikat. Kemudian mereka berkata 99% ianya akan diadakan di Emirates, Abu Dhabi.

Khabib sekarang kena lockdown di Rusia, gila apa Dana White ni. Panjang lebar pendedahan Khabib.

Posted by Semuanya JDT on Monday, 30 March 2020

“Selepas pertemuan dengan UFC, kami pun untuk terbang ke Emirates sebulan sebelum pertarungan. Saya tidak berapa ingat tarikh, mungkin 19 atau 20hb yang lalu. Saya perlu menyemak kembali.

“Dan apabila kami tiba di Emirates, kami diberitahu kerajaan di sana turut akan menutup sempadan [kerana COVID-19]. Tidak ada yang akan dibenarkan keluar atau masuk kecuali penduduk tetap.

“Kerana itu kami terbang kembali ke Rusia. Apabila mendarat di Rusia kami juga dimaklumkan pintu sempadan turut akan ditutup.

“Sama seperti di Amerika Syarikat, sama seperti apa yang berlaku di Eropah, di Emirates dan di mana sahaja, seluruh dunia kini dikuarantin.”

“Sekarang saya berada di Dagestan meneruskan latihan seperti biasa dan melakukan persiapan setiap hari. Walaupun saya tidak tahu untuk apa persiapan saya ini.

Khabib turut mendedahkan UFC turut cuba menggantikan beliau dengan petarung lain untuk memastikan UFC 249 dapat diteruskan.

Antara kemungkinan pengganti adalah Justin Gaethje. UFC 249 juga berkemungkinan boleh ditangguhkan. Namun berdasarkan ego Dana White sebelum ini, ia kelihatan akan diadakan walau dengan apa cara sekali pun.

Kongsi artikel ini