UFC 249: Sehebat Mana Tony Ferguson Yang Telah Berjaya Provok Khabib?

Presiden UFC, Dana White telah membatalkan tiga pertarungan setakat ini disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 yang telah meragut lebih dari 6,000 nyawa di seluruh dunia.

Namun tidak ada yang dapat menyekat pertarungan diantara Khabib Nurmagomedov vs Tony Ferguson pada 19 April hadapan di UFC 249.

Bakal diadakan di arena tertutup, pertemuan Khabib Nurmagomedov vs Tony Ferguson menjadi antara yang dinanti-nantikan selepas empat pertemuan sebelum ini dibatalkan atas pelbagai sebab.

Kita semua tahu kebebatan Khabib, terutama selepas pertarungan penuh kontroversi menentang Connor McGregor. Tetapi sehebat manakah Tony Ferguson?

El Cucuy: Watak Mistik Alam Roh

Jika anda melayari klip pertarungan membabitkan Tony Ferguson, anda akan mendapati beberapa perkara menarik. Antaranya senyuman ketika perlawanan, yang seolah-olah dahagakan darah lawannya.

Maka tidak hairanlah beliau diberi gelaran El Cucuy – watak mistik alam roh yang menyerupai serigala jadian – Tony adalah seorang petarung yang mempunyai kelas tersendiri.

 

Tony Ferguson memiliki rekod kemenangan 28 kali menang dan tiga kali kalah. Kali terakhir kekalahannya ialah pada tahun 2012.

Tony kemudiannya menghasilkan 12 kemenangan dari 12 pertarungan berturut-turut selepas itu.

Kelebihan El Cucuy

Ditambah dengan footwork dan stamina yang bagus, Tony begitu bahaya kepada lawan dalam pertarungan ‘stand up’.

Tapi, ada satu lagi keahlian Tony Ferguson. Dia begitu hebat demgan seni mempertahankan diri Jiu-Jitsu.

Kelebihan Jiu-Jitsu ialah ia membenarkan petarung mengunci gerakan lawan. Para petarung yang memakai seni bela diri ini, akan membuat lawan kesulitan ketika sudah jatuh terhempas di atas permukaan arena.

Keupayaan Tony di dalam Jiu-Jitsu terbukti apabila beliau memenangi lapan daripada kemenangannya kerana lawan menyerah kalah atau submission.

Ia begitu hampir dengan jumlah kemenangan oleh Khabib Nurmagomedov yang melakukan 12 kemenangan submission.

Teknik Jiu-Jitsu

Ada banyak teknik mengunci lawan yang ada di Jiu-Jitsu. Salah satunya adalah Arm Triangle Choke yang menjadi kegemaran Tomny Ferguson.

Arm triangle choke adalah situasi di mana petarung mencekik leher lawan dengan kedua tangan sehingga membentuk suatu segitiga dari posisi belakang.

Ia dilihat sebagai teknik yang sederhana, namun begitu berkesan untuk melumpuhkan lawan.

Bagaimanapun ia tetap teknik yang sukar untuk dilakukan kerana lawan harus terbaring terlebih dahulu di lantai, dan petarung harus pintar mencari momentum yang bersesuaian untuk melakukan serangan.

Setelah kedua-dua belah tangan sudah berada di posisi, kedua kaki menjadi dirapatkan yang dikaitkan ke badan lawan sehingga lawan makin tak berupaya untuk bergerak.

Pada situasi ini lawan akan mulai mengalami kesulitan bernafas dan tidak lama selepas itu akan dipaksa untuk menyerah.

Penutup

Tony Ferguson telah beberapa kali menggunakan teknik tersebut dan menang.

Ia teknik yang Khabib gemari dan pernah menggunakannya ketika mengalahkan Dustin Poirier di pertarungan terakhirnya.

Tony Ferguson juga suka memakai teknik kuncian D’arce Choke. Teknik ini begitu sulit karena mencekik lawan dari sisi.

Banyak pihak menilai, Khabib Nurmagomedov vs Tony Ferguson bakal jadi pertarungan besar. Keduanya bagus dalam tinju dan gusti, sehingga bakal menjadikan pertarungan kedua-duanya menjadi tontonan menarik.

Kongsi artikel ini