Khabib Nurmagomedov dan Tony Ferguson melalui sidang media pengenalan yang panas di Las Vegas.
Kedua-dua petarung itu akan bersemuka antara satu sama lain pada UFC 249 dan telah membayangkan satu pertempuran sengit membabitkan kedua-duanya.
Kedua-duanya sebelum ini pernah diatur untuk bertarung sebanyak empat kali, namun tidak menjadi kenyataan kerana pelbagai sebab.
Namun kali ini ia akan menjadi kenyataan dan kedua-duanya akan bersemuka dalam pertatungan di New York pada 18 April hadapan.
TONIGHT❗️
Watch Khabib Nurmagomedov and Tony Ferguson come face to face at the #UFC249 presser! pic.twitter.com/aqjYrMJ1WB
— UFC Europe (@UFCEurope) March 6, 2020
Khabib mempertaruhkan banyak perkara dalam pertemuan menentang Ferguson pada bulan hadapan.
Petarung daru Rusia itu telah menang semua 28 pertarungan MMA dan merupakan juara UFC Lightweight.
Ferguson pula adalah bekas juara dan merupakan pemegang tali pinggang kejuaraan pada Oktober 2017.
Namun walaupun gelaran tali pingang itu dilucutkan selepas itu disebabkan kecederaan yang menimpanya, Ferguson tetap membawa tali pinggang lamanya ke sidang media semalam.
Well that was intense! Khabib Nurmagomedov and Tony Ferguson square off… could it finally happen? pic.twitter.com/NdQ6L7OYsq
— TheMacLife (@Maclifeofficial) March 6, 2020
Ia menyebabkan ketegangan berlaku ketika kedua-duanya diperkenalkan dalam sidang media.
Ferguson meletakkan tali pinggangnya ke lantai dan mulai bertikam lidah seolah-olah mencabar Khabib.
Khabib tidak berdiam diri dan turut menjawab Ferguson kembali sebelum bertindak menyepak keluar tali pinggang lama milik Ferguson
Khabib jelas hilang ketenangan dalam situasi tersebut, tetapi Ferguson jelas tidak peduli dengan tindakan bakal lawanna itu.
Saksikan detik itu di sini:
KHABIB KICKED TONY'S BELT OFF THE STAGE 😱
The #UFC249 face-off was HEATED 👀 pic.twitter.com/0D2C5DKZKj
— UFC on BT Sport (@btsportufc) March 6, 2020
Sebaliknya Ferguson kelihatan bangga kerana berjaya mengumpan Khabib menunjukkan kemarahannya.
Kedua-duanya terus saling bertikam lidah sepanjang sidang media diadakan.
Khabiv menggelar Ferguson ‘si cermin mata hitam’ dan percaya akan membelasah Ferguson jika bergaduh di jalanan.
Ferguson pula mengejek berat badan Khabib, dan menggelar lawannya itu gemuk dan mempunyai saiz yang sama dengan Daniel Cormier.
"HEY! HEY! SUNGLASSES!"
"IN STREET FIGHT I CAN EAT YOU."
Oh wow, 10-8 Khabib 😂#UFC249 pic.twitter.com/jatPb4voKd
— UFC on BT Sport (@btsportufc) March 6, 2020
Khabib walaupun seperti amat menyampah dengan Ferguson, tetapi tetap menghormati kebolehan lawannya itu.
“Kenapa orang benci Ferguson? Itu kerana dia seorang lelaki bodoh. Tidak ada orang boleh memahami beliau. Jujur saya katakan dia sememangnya tampak bodoh,” ujar Khabib.
THESE TWO NEVER STOP! 🤬 #UFC249 pic.twitter.com/x2M1TlG4YC
— UFC (@ufc) March 6, 2020
“Tetapi dia adalah seorang petarung yang sangat baik. Saya menghormati kebolehan beliau. Kerana itulah dia berada di sini,” tambah Khabib lagi.