Tony Ferguson bukan sahaja kalah kali pertama dalam tempoh lapan tahun pada Ahad lalu. Beliau juga disahkan mengalami patah tulang soket mata.
Ferguson gagal memenangi perlawanan interim UFC lightweight untuk kali kedua, selepas dikejutkan oleh Justin Gaethje dalam pertarungan kontroversi di Florida.
I've never been more proud to be a part of this sport than I am today. In tough times, you need tough people; from the fighters, corners, their families, my staff, production, the athletic commission, and most importantly, the physicians and nurses that made tonight a reality. pic.twitter.com/65YzMLkCsD
— danawhite (@danawhite) May 9, 2020
Gaethje mendominasi lima pusingan pertarungan tersebut, dan sempat menghasilkan lebih 100 tumbukan ke arah kepala lawannya yang digelar El Cucuu sebelum pengadil tampil menghalang.
Rumusan perlawanan
Ferguson dan Cejudo memulakan pertarungan dengan berhati hati. Namun Gaethje berjaya mencuri satu tumbukan ke atas Ferguson.
Ferguson kemudian menjadi lebih ofensif. Gaethje sekali lagi berjaya mencuri tumbukan ke arah muka Ferguson.
Pusingan kedua pula menyaksikan Tony Ferguson terus melepaskan tumbukan ke arah Gaethje.
Gaethje tenang menyerap asakan lawannya. Dan pertarungan pusingan kedua menjadi seimbang dengan kedua duanya berbalas serangan.
Pusingan ketiga menjadi lebih terbuka, tetapi Tony Ferguson ditumbuk di bahagian mata dan membuatkan mata sebelah kanannya bengkak.
#AndTheNew: Justin Gaethje 🏆
What a fight. What a performance!
Justin Gaethje snaps Tony Ferguson's 12-fight win streak; the first man to beat El Cucuy in EIGHT years! 🤯 #UFC249 pic.twitter.com/367mjuvtAE
— UFC on BT Sport (@btsportufc) May 10, 2020
Tony sekali lagi cuai, dan membuatkan mata sebelah kirinya pula terkena tumbukan daripada Gaethje.
Menyedai Gaethje memiliki kelebihan Tony terus melancarkan serangan dan dia terkena tumbukan kuat di sebelah kiri.
Ferguson terpaksa menahan beberapa siri serangan daripada lawannya.
Tapi kekentalan Tony Ferguson memang wajar dihormati. Dia kekal bertahan dan tidak tersungkur dengan mudah.
Gaethje jelas di hadapan kerana lawannya berdarah terkena dengannya dalam pusingan ini.
Ferguson menunjukkan dirinya bukan sebarangan lawan. Dia menerima lebih banyak serangan daripada Gaethje.
#SportsNews Gaethje batters Ferguson to win UFC interim title: In a brilliant performance, Justin Gaethje dominated Tony Ferguson in a fifth-round TKO victory to win the UFC interim lightweight title Saturday at UFC 249. https://t.co/atEyHHAWO8 pic.twitter.com/OZtgxZZ2wl
— Muggs-N-Manor (@muggsnmanor) May 10, 2020
Ferguson tidak ada peluang untuk menggunakan senjata utamanya iaitu siku.
Ferguson tidak ada pilihan lain selain daripada cuba melakukan KO kepada lawannya. Kerana berdasarkan kiraan mata, dia di belakang dengan jelas.
Gaethje memanipulasi tekanan pada Ferguson dan memberikan lawannya itu banyak ketidakselesaan.
Banyak tumbukan satu dua dilepaskan Gaethje. Tony terpaksa cuba melarikan diri dengan serangan Gaethje.
Gaethje melepaskan satu tumbukan yang mebuatkan Ferguson berdarah lagi. Dan El Cucuy semakin keletihan.
Justin Gaethje: 19th win by KO/TKO in his MMA career.
Tony Ferguson: 1st loss since May 2012 (UD loss to Michael Johnson). pic.twitter.com/Tn6PzALMYZ
— ESPN Stats & Info (@ESPNStatsInfo) May 10, 2020
Gaethje menumbuk Ferguson dengan kuat dan Ferguson menggelengkan kepalanya menahan kesakitan.
Pengadil meneruskan pertarungan, kemudian Gaethje melepaskan tumbukan yang membawa kepada TKO. Pegadil kemudiannya terpaksa menamatkan perlawanan.
Pengesahan Dana White
Presiden UFC Dana White dalam sidang media selepas itu mengesahkan Ferguson mengalami kecederaan orbital [kawasan mata] ketika pertarungan.
Laporan perubatan selepas Ferguson dikejarkan ke hospital mengesahkan petarung tersebut mengalami keretakan pada soket mata.
Bagaimana Ferguson bertahan dan ingin terus meneruskan pertarungan adalah sukar dibayangkan.
BREAKING: Tony Ferguson Rushed To The Hospital Following His Horror Face Injuries https://t.co/IjvkBf5GrU
— NSL News Update. (@Nationalsport19) May 10, 2020
Ia dianggap perlawanan yang sukar untuk penyokong Ferguson, ketika Gaethje berjaya melakukan hook tangan kiri pada setiap pusingan.
Ferguson sebelum ini dianggap sebagai pencabar No.1 untuk kejuaraan milik Khabib Nurmagomedov, menampilkan semangat jitu enggan menyerah kalah – walaupun dibelasah teruk.
View this post on InstagramA post shared by @TonyFergusonxt (@tonyfergusonxt) on
Namun pengadil Herb Dean terpaksa menghentikan selepas El Cucuy dicucuri darah dari luka pada keseluruhan muka, menjadikan pertemuan beliau dengan Nurmagomedov sukar direalisasikan pada tahun ini.
Berdasarkan perkongsian Ferguson di Instagram milknya, nyata beliau tidak patah semangat walaupun mengalami kecederaan yang agak parah pada kali ini.
Kenyataan El Cucuy
Sempat bercakap kepada Joe Rogan selepas pertarungan, Ferguson berkata: “Ia adalah kem [latihan] yang panjang. Saya bersedia sejak November. Tarikh asal pada 18hb tidak menjadi kenyataan.
“Justin [ Gaethje] adalah satu-satunya yang mahu tampil berlawan. Ia kem yang panjang. Tindakan menurunkan berat badan tidak ada kaitan dengan [kekalahan ini]. Justin adalah lawan yang sukar.
“Bushido⚔️Code” Brought Sports Back W/ Class 🎩 # WayOfTheWarrior Win or Lose Always Act Like A Champion 💯 Just Wasn’t My Night #ufc249 Congrats @Justin_Gaethje On A Good Fight -CSO- 🇺🇸🏆🇲🇽 @ufc pic.twitter.com/uLqm8VzVq7
— Tony Ferguson (@TonyFergusonXT) May 10, 2020
“Saya melakukan persediaan menentang Khabib, tanpa melakukan persediaan banyak bagaimana untuk menyerang. Apa boleh buat? Saya lebih rela memilih menamatkan apa yang dimulakan daripada pengganti mengambil alih.
“Saya harus kembali secepat mungkin untuk memenangi sesuatu. Tahniah kepada Justin dan pasukannya. Terima kasih kerana sudi berlawan.”