Bintang Turki , Yusuf Yazici , telah menyebabkan skuad Rossoneri kalah dengan Lille dengan jaringan 3-0 di San Siro. Kekalahan pasukan yang diwakili oleh Ibrahimovic ini merupakan kekalahan pertama di saingan Liga Juara Europa dalam kumpulan H awal pagi tadi.
Lille juga telah mengakhiri rekod tanpa kalah AC Milan selepas 24 perlawanan dalam semua pertandingan.
AC Milan bermula aggresif di awal minit permainan dengan mengancam beberapa percubaan ke kubu lawan menerusi tandukan penyerang veteran Zlatan Ibrahimovic pada minit ke 12 namun mudah diselamatkan oleh Mike Maignan. Ibra juga mendapat peluang lagi bagi menjaringkan gol tetapi tidak berjaya.
AC Milan had been unbeaten in 24 games until Lille's Yusuf Yazici decided enough was enough! 😬 pic.twitter.com/F3fhNYSXsK
— 90min (@90min_Football) November 5, 2020
Lille OSC meningkatkan serangan ke atas AC Milan. Pada minit ke 19 Jonathan David dapat melepaskan rembatan dari celah pertahanan dalam kotak penalti , namun Donnaruma dapat menyelamatkan percubaan itu dengan baik.
Selepas itu , tuah berpihak kepada Lille apabila kapten AC Milan , Alessio Romagnoli menjatuhkan Yazici dalam kotak penalti dan pengadil tidak teragak-agak untuk terus memberikan penalti kepada Lille.
Yazici tenang mengambil sepakan penalti yang membawa kepada gol pertama dalam perlawanan itu.
AC Milan cuba menekan Lille dengan serangan bertali arus. Ibrahimovic telah mendapat sepakan percuma pada minit 24 tetapi ia dapat diselamatkan oleh Maignan sekali lagi.
3 – Yusuf Yazici is the first player to score an away hat-trick against AC Milan in all competitions since Rivaldo in October 2000, for Barcelona in Champions League. Amazing. #ACMLOSC pic.twitter.com/jkRyyXi6dp
— OptaJean (@OptaJean) November 5, 2020
Masuk babak kedua perlawanan , Yazici sekali lagi menjadi watak pemusnah dengan rembatan padu dari luar kotak penalti yang gagal ditepis oleh Donnaruma di minit ke 54 masuk ke gawang gol dan jelas ia telah menceriakan kem skuad Lille itu.
Segalanya tidak menjadi buat skuad Rossoneri apabila Yazici menjaringkan gol ketiga dan hatrik yang kedua buat dirinya menjadikan Lille menang bergaya di San Siro.
Lille memimpin tangga teratas Kumpulan H dengan tujuh mata, kelebihan satu mata di depan Milan yang tewas buat kali pertama sejak bola sepak kembali bersambung selepas ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.