UEFA Haramkan Rusia Sertai EURO 2024

Badan bola sepak Eropah, UEFA bertindak mengharamkan Rusia daripada bertanding di Kejohanan Euro 2024 pada Selasa lalu.

Pengumuman terbaru daripada UEFA itu adalah satu lagi berita buruk untuk bola sepak Russia, setelah sebelum ini semua kelab bola sepak dan skuad kebangsaan negara itu digantung oleh FIFA dan UEFA sejak Februari lalu.

Tindakan tersebut dilakukan oleh UEFA dan FIFA sebagai tindak balas kepada pencerobohan oleh tentera Rusia ke atas Ukraine pada awal tahun ini.

Selain daripada dilarang bertanding di pertandingan UEFA Champions League dan Europa League, Rusia telah disingkirkan daripada Piala Dunia 2022 dan pasukannya digantung daripada semua pertandingan bola sepak antarabangsa “sehingga diberitahu kelak”.

Sebelum ini Rusia telah dihalang untuk menyertai sukan Olimpik Jepun dan telah ditendang keluar di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 selepas melakukan pencerobohan ke atas Ukraine.

Chelsea antara kelab yang terkesan apabila Roman Abramovich telah dipaksa untuk menjual kelab tersebut tanpa dapat merasa hasil jualan.

Pasukan lelaki Rusia sepatutnya bermain dalam playoff kelayakan pada Mac lalu untuk Piala Dunia di Qatar akhir tahun ini, manakala pasukan wanitanya telah layak ke Kejohanan Eropah di England, yang akan diadakan pada bulan Julai.

Tetapi skuad wanita kebangsaanan Rusia turut digantung daripada mengambil bahagian di dalam Kejohanan Bola Sepak Wanita Euro 2022, dan tempat negara itu telah digantik oleh Portugal.

Ini bermakna Rusia tidak akan mengambil bahagian di dalam pusingan kelayakan Euro 2024, termasuk disisihkan terus daripada proses undian.

Undian peringkat kumpulan Euro 2024 dijadualkan akan berlangsung pada 9 Oktober hadapan di Frankfurt, Jerman.

Kongsi artikel ini