UEFA Gantung Semua Perlawanan Champions League & Europa League

UEFA mengambil langkah menggantung semua baki perlawanan Champions League dan Europa League sehingga notis baru dikeluarkan berikutan penularan wabak coronavirus.

Semua perlawanan membabitkan pasukan kebangsaaan turut mendapat nasib yang sama, termasuklah perlawanan play-off Euro 2020 – yang telah ditangguhkan setahun menjadi Euro 2021.

Ini termasuklah pusingan kelayakan kejohanan Euro Wanita pada 2021.

Keputusan tersebut dilakukan setelah 55 ahli gabungan mengadakan mesyuarat pada Rabu.

Ireland Utara, Republik Ireland dan Scotland adalah antara tiga negara yang terlibat dengan play-off Euro.

Premier Leagur pula ditangguhkan sehingga seawal 30 April.

Namun Manchester City dan Chelsea adalah dua kelab Inggeris yang masih bersaing di Champions League. Manchester United dan Wolves pula di saingan Europa League.

Kebannyakan liga domestik berharap mampu menamatkan saingan pada musim ini.

Tetapi Presiden UEFA, Aleksander Ceferin berkata ia mungkin tidak akan berlaku jika saingan belum bermula pada penghujung Jun.

“Jika kita gagal memulakannya [pada Jun], ia mungkin hilang begitu sahaja.

“Memang ada pelan A, B dan C.

“Pelan ini ialah untuk memulakannya pada Mei, Jun atau pada akhir Jun.

“Ada juga kemunginan ia akan diteruskan pada permulaan musim baru, dan kemudian terus disambung musim berikutnya. Kita terpaksa tunggu dan lihat apakah kemungkinan terbaik untuk liga dan juga kelab,” jelas beliau sebelum ini.

Ceferin juga menegaskan semua baki perlawanan turut harus diadakan di stadium tertutup di seluruh eropah.

“Sukar saya membayangkan semua baki perlawanan akan diadakan di stadium tertutup, tetapi kita sendiri tidak tahu sama ada saingan akan diteruskan sama ada dengan atau tanpa penyokong,” tambah beliau.

“Jika tidak ada alternatif, maka lebih baik saingan ditamatkan begitu sahaja.”

 

Kongsi artikel ini