UCL 2019/20: 4 Gol Josip Ilicic Bantu Atalanta Cipta Sejarah Ke Suku Akhir

Seperti dijangka Atalanta B.C melangkah ke suku akhir UEFA Champions League 2019/20 selepas menewaskan Valencia 4-1 (8-4 secara agregat) di Stadium Mestalla yang kosong.

Walaupun beraksi di dalam stadium kosong, sorakan penyokong tuan rumah yang berkumpul di luar stadium jelas kedengaran.

Atalanta membawa kelebihan tiga gol dari perlawanan pertama apabila menang 4-1 ke atas Valencia di tempat sendiri dua minggu lalu.

Dalam perlawanan ini, Josip Ilicic muncul wira Atalanta apabila penyerang Slovenia itu menjaringkan empat gol – dua daripadanya adalah melalui sepakan penalti.

Jaringan minit ke-71 Ilicic menjadikan beliau sebagai pemain Slovenia pertama yang menjaringkan hatrik di Champions League.

Ia juga menjadikan Ilicic sebagai penjaring hatrik paling tua dalam pertandingan ini.

Ilicic memastikan Atalanta mara dengan bergaya apabila menjaringkan gol ke-4 pada minit ke-82 perlawanan.

Skuad kendalian Gian Piero Gasperini kini telah menjaringkan 28 gol dari tujuh perlawanan di pertandingan ini.

Kemenangan ini juga menjadikan Atalanta sebegai pasukan pertama yang layak ke suku akhir melalui penampilan pertama sejak Leicester City pada 2016/17.

Kongsi artikel ini