Penyerang profilik Emiriah Arab Bersatu , Ali Ahmed Mabkhout ternyata menjadi duri dalam daging kepada Malaysia setelah berjaya meledak dua gol yang menyaksikan Malaysia mempamerkan permainan di bawah tahap sebenar.
KEPUTUSAN MASA PENUH
Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 | 3 Jun 2021 (Waktu UAE)
UAE 🇦🇪 4-0 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ Ali Mabkhout 19' 90'+1 Fabio Lima 83' 90'+3#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers pic.twitter.com/5htXsU6QDQ
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 3, 2021
Dua gol yang disumbangkan untuk UAE lagi ialah pemain naturalisasi mereka Fabio de Lima menjadikan merentap semangat pemain-pemain Tan Cheng Hoe.
Mereka harus menyalahkan diri sendiri terutama daripada bahagian tengah Nor Azam Azih , Liridon Karnashaqi dan Syamer Kutty Alba kerana tidak memberikan ancaman kepada rangkaian serangan daripada UAE.
Kesebelasan utama Malaysia menentang UAE malam ini. #WCQ2022#HarimauMalaya pic.twitter.com/qZk5R9iK88
— VOCKET FC (@vocketfc) June 3, 2021
Barisan kesebelasan Malaysia menurunkan tiga pemain naturalisasi yang diharapkan dapat memberikan impak besar dalam permainan Malaysia ternyata ia sangat menghampakan penyokong rakyat Malaysia
UAE yang bermain menggunakan hantaran pendek dan membina serangan bermula dari belakang ternyata menguasai keseluruhan permainan mengancam benteng pertahanan Aidil Zafuan minit ke-7 setelah Khalil Ibrahim melepasi kawalan kapten pasukan itu hampir menjaringkan gol tetapi percubannya berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Farizal Marlias.
Skuad kebangsaan yang masih lagi bergelut dengan rentak permainan dikejutkan dengan hantaran jarak jauh oleh Abdullah Ramadan dari kawasan middle third kepada penyerang sensasi Ali Mabkhout tidak melepaskan peluang menjaringkan gol pada minit ke 19 dengan melambungkan bola melepasi Farizal Marlias walaupun cuba menutup ruang.
Sublime ball over top, brilliantly deft finish. #UAE lead on 19 mins.
The Abdullah Ramadan-Ali Mabkhout connection, honed at champions Al Jazira, comes through for national team. #AsianQualifierspic.twitter.com/EIeQIEFJpj
— John McAuley (@_JMcAuley) June 3, 2021
Separuh masa pertama Malaysia mampu mempertahankan gawang dari bolos , namun pada separuh masa kedua , Tan Cheng Hoe segera memasukkan Shafiq Ahmad dan membawa keluar Nor Azam Azih sebagai penyerang dibelakang De Paula.
Penyerang tunggal Malaysia itu mempunyai dua peluang namun disia-siakan dan tidak mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi kepada rakan sepasukannya yang tenggelam punca.
Tan Cheng Hoe memasukkan Junior Elstadal dan Luqman Hakim dengan mengeluarkan Aidil Zafuan serta Safawi Rasid bagi meningkatkan intensi permainan namun gagal. Disebalik pertukaran itu dan ancaman UAE ke atas kubu Malaysia membuatkan Farizal Marlias bekerja keras cuba memastikan gawangnya tidak dibolosi.
Fabio de Lima yang mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol akhinya menebus kegagalan itu setelah berjaya meledakkan gol pada minit ke 82.
Gol kedua membunuh semangat skuad Malaysia dan dalam tempoh 10 minit pemain gagal fokus hingga ke hujung permainan sehingga Fabio de Lima dan Ali Mabkhout menambah dua gol lagi.
Picture-perfect start in the restart for the #UAE, who see off #Malaysia in Dubai to get #AsianQualifiers back on track.
Hosts into 2nd in Group G, now two points off Vietnam. Report from Zabeel Stadium: https://t.co/2IqX17noaN pic.twitter.com/LYkQnLU1e0
— John McAuley (@_JMcAuley) June 3, 2021
Kemenangan UAE ke atas Malaysia melonjakkan mereka ke tangga kedua. Malaysia berada di tangga ke empat. Manakalah Thailand di tempat yang ketiga berkongsi sembilan mata tetapi perbezaan gol menjadi jurang pemisah.
Kedudukan Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023
Kumpulan G
(Selepas Hari Perlawanan 7)* Seterusnya Hari Perlawanan 8 pada Isnin, 7 Jun 2021:
UAE 🇦🇪 lwn 🇹🇭 THAILAND
VIETNAM 🇻🇳 lwn 🇮🇩 INDONESIA#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers pic.twitter.com/hEJOfiMcLy— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 3, 2021
Banyak kerja rumah yang perlu dilakukan oleh ketua jurulatih Tan Cheng Hoe kepada para pemain-pemainnya dan menentang Vietnam serta Thailand adalah perlawanan yang wajib untuk dimenangi untuk ke pusingan yang seterusnya.