Kecewa dengan prestasi Persib Bandung di Liga 1 Indonesia setarakt ini, kumpulan penyokong tegar Persib Bandung ataupun dikenali dengan panggilan Bobotoh turun ke jalanan melakukan demonstrasi aman agar perubahan dilakukan segera.
Persib Bandung yang merupakan antara kelab bola sepak utama dan tertua di Indonesia memulakan kempen musim ini dengan penuh kekecewaan apabila belum mencatat sebarang kemenangan daripada tiga perlawanan terawal.
Selepas muncul naib juara Liga 1 Indonesia musim 2021/22, pasukan yang dikendalikan jurulatih berpengalaman, Robert Rene Alberts itu dikatakan mensasarkan untuk muncul juara liga pada musim ini.
Namun permulaan saingan yang menyaksikan Persib seri 2-2 menentang Bhayangkara pada perlawanan pembukaan, sebelum tewas 1-3 kepada Madura United.
Kemuncak kesabaran Bobotoh akhirnya memuncak apabila pasukan kesayangan mereka dibelasah 1-4 oleh Borneo United tiga hari yang lalu.
Tuntutan Bobotoh
Turun ke jalanan di hadapan Graha Persib, Bandung, Bobotoh memberikan dua tuntutan kepada pihak kelab.
Pertama, mereka mahu agar Robert Alberts dipecat daripada jawatannya. Jurulatih daripada Belanda itu adalah pengendali yang paling lama bertahan di Liga 1 Indonesia setakat ini setelah bersama Persib selama tiga musim – tatkala pesaing lain saling bersilih pengganti jurulatih.
Setelah tiga musim menjalin kebersamaan, PERSIB dan Robert Alberts sepakat akhiri kerjasama.
Hatur nuhun Coach Robert. Semoga sukses di karir selanjutnya 🤝#PERSIB pic.twitter.com/q4tiyGNHQP
— PERSIB (@persib) August 10, 2022
Kedua, bobotoh turut mahu sistem penjualan tiket perlawanan dipermudahkan.
Perjuangan dan suara Bobotoh nyata didengar oleh pengurus Persib, apabila pemecatan bekas jurulatih Kedah dan Sarawak itu akhirnhya dilakukan beberapa jam sahaja tadi.
Nama Benjamin Mora mulai dikaitkan
Walaupun sebelum Robert Albert dilepaskan daripada jawatannya, sudah ada segelintir penyokong yang mahukan bekas pengendali JDT, Benjamin Mora untuk dibawa masuk bagi menguruskan pasukan itu pada musim ini.
Mora kini dipercayai masih berada di Mexico selepas meninggalkan JDT pada 27 Julai lalu, dan masih tidak terikat dengan mana-mana kelab.
Turut berada di dalam senarai adalah bekas pengendali Persib, Milan Radovic dan bekas jurulatih PSIM Yogyakarta, Vladimir Vujovic.
Ia bukan perkara menghairankan mengapa nama Benjamin Mora mulai meniti di bibir penyokong setia Persib Bandung. Mora dianggap jurulatih paling berjaya di dalam sejarah JDT dan Liga Malaysia.
Referensi nama-nama kandidat Pelatih baru Persib di sisa musim 🇮🇩Liga1 2022/23.
Ada nama potensial lain? pic.twitter.com/nlr0XXqnwG
— Mindos (@Indostransfer) August 10, 2022
Sejak menyertai JDT pada 2017, dan kemudian pada 2019, Mora telah membawa JDT merangkul empat kejuaraan Liga Super Malaysia, satu kejuaraan Piala Malaysia, dan empat kejuaran Piala Sumbangsih.
Di bawah kendalian Mora, JDT turut mencipta sejarah mara ke pusingan kalah mati buat pertama kalinya di dalam pertandingan AFC Champions League (ACL) pada musim ini.
Untuk rekod, Persib Bandung turut pernah membawa seorang lagi bekas Ketua Jurulatih JDT, Mario Gomez pada 2017 sehingga 2018, namun gagal meraih sebarang kejuaraan.
Kali terakhir Persib Bandung meraih kejuaraan liga adalah pada 2014.