Tunku Panglima Johor Tampil Prestasi Cemerlang Di GT Australia

Tungku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menampilkan prestasi cemerlang di GT Australia apabila menamatkan pemanduan di tempat ketiga dengan mengumpul 105 mata.

Kenyataan daripada The Royal Johor memaklumkan Tunku Panglima Johor mempamerkan aksi cemerlang di dalam pemanduan yang berlangsung di Litar Sandown yang melabuh tirai perlumbaan semalam.

Kenyataan tersebut menyebut Tunku Abdul Rahman dan rakan sepasukan Shane Van Gisbergen telah merangkul kemenangan di pusingan pertama perlumbaan (Sabtu) walaupun di dalam keadaan litar yang basah akibat hujan lebat.

Kedua-dua pemandu terus memberikan saingan sengit kepada pelumba lain sebelum menamatkan perlumbaan kedua di kedudukan kedua semalam.

Posted by The Royal Johor on Sunday, September 18, 2022

Perlumbaan seterusnya di dalam siri GT Australia akan diteruskan di Litar The Bend Motorsport Park, South Australia bermula 14 Oktober sehingga 16 Oktober yang akan datang.

Kejohanan GT Australia mungkin sedikit asing bagi peminat permotoran di negara ini. Tetapi ia sebenarnya adalah salah satu pertandingan sukan permotoran tertua dan paling berprestij di Australia.

Pertama kali diadakan pada awal 1960-an, ia merupakan perlumbaan yang pernah menampilkan legenda sukan permotoran Australia Leo Geoghegan, Frank Match dan Bob Jane.

Setelah kehilangan daripada landskap sukan permotoran sekitar pertengahan 60-an, Kejuaraan GT Australia muncul semula pada awal 1980-an.

Bekas Juara Dunia Formula 1 Alan Jones memenangi kejuaraan 1982 dengan mengemudi Porsche 935, kejayaan tersebut diulangi Rusty French diulangi pada tahun berikutnya.

Menjelang pertengahan 1980-an kategori perlumbaan telah digabungkan dengan Sports Sedans, dan sekali lagi ianya digugurkan daripada kalendar sukan permotoran.

Dimulakan semula untuk tahun 2005, Kejuaraan GT Australia mengambil diteruskan dengan format sedia ada seperti yang ada sehingga hari ini.

Kongsi artikel ini