TMJ Bantu Selangor Zaman Subahan Kamal, Era Selangor Hebat Dan Champion

Episod cerita sebenar mengenai bantuan kewangan oleh Tunku Mahktota Johor kepada pasukan Selangor FC kini semakin menjadi perhatian panas daripada penyokong bolasepak tempatan ekoran kenyataan penafian daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC , Dr. Johan Kamal bin Hamidon dalam ciapan media sosial Twitternya pada hari semalam.

Beberapa hari yang lepas , Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah berkongsi beberapa perkara termasuk menghulurkan bantuan kewangan kepada pasukan yang mengalami masalah pembayaran gaji pemain-pemain mereka termasuklah Perak FC yang dikatakan mempunyai tunggakan gaji pemain hampir RM 2 juta baru-baru ini.

Antara pasukan yang pernah dibantu TMJ ialah Kelantan, Perak, Melaka United, Penang dan Selangor. Bagaimanapun pihak pengurusan Selangor FC menafikan bahawa mereka pernah menerima pertolongan daripada Tunku Mahkota Johor di bawah kepimpinan Raja Muda Selangor (RMS) semenjak tahun 2018.

Ekoran kenyataan CEO Selangor FC , baginda memberikan respon dalam ciapan media sosial Twitternya pada hari semalam.

Dato’ Sri Subahan Kamal merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor (FAS) pada tahun 2017 sehingga 2018 sebelum melepaskan jawatan tersebut untuk memberikan fokus beliau kepada Persekutuan Hoki Malaysia sebagai Presiden dengan Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dilantik sebagai Presiden baru Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada Kongres Luar Biasa FAS awal Julai 2018.

 

Kongsi artikel ini