Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Jiwa Harimau Selatan Yang Tidak Akan Pudar

Tunku Mahkota Johor (TMJ) dilahirkan pada 30hb Jun 1984 di Johor Bahru. Berumur 36 tahun, Baginda bakal diumumkan Presiden FAM termuda di dalam sejarah bola sepak Malaysia.

Tunku Ismail adalah anakanda pertama dan putera sulung kepada kepada Kerabat Diraja Johor.

Tunku Ismail mendapat pendidikan awal di Sekolah Sri Utama dan Sekolah Rendah Kebangsaan St. Joseph di Johor Bahru.

Baginda kemudian menerima pendidikan peringkat menengah di Australian International School di Singapura sebelum melanjutkan pelajaran ke Hale Scholl di Perth, Australia.

Diijabkabulkan dengan Yang Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor Che Puan Khaleeda Binti Bustaman pada 25 Oktober 2014.

Baginda berdua dikaruniakan seorang Puteri, Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah (dilahirkan pada 25 Jun 2016).

Melalui muat naik status di laman sosial rasmi Johor Southern Tigers, nyata Tunku Ismail juga merupakan seorang suami dan ayah yang penyanyang dan terbuka berkongsi aksi-aksi comel puteri dan putera baginda.

Ketenteraan

Sepertimana tradisi Kerabat Diraja Johor, Tunku Ismail turut terlibat secara aktif di dalam bidang ketenteraan.

Pada Julai 2003, Baginda menyertai Indian Millitary Army sebagai pegawai kadet.

Pada 26 Januari 2007, sebagai Kapten, Baginda mengetuai Rejimen Jaipur 61 Calvari untuk perbarisan tabik hormat kepada Presiden India , Dr. A.P.J Abdul Kalam ketika sambutan Hari Republikan.

Hari ini baginda adalah Major General kepada Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Johor ialah negeri dalam Tanah Melayu yang pertama memiliki pasukan tentera modennya sendiri dan satu-satunya institusi pasukan tentera yang tertua dalam Malaysia dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini.

Sukan

Selain bola sepak, baginda juga adalah seorang pemain sukan Polo dan sukan berkuda yang berkebolehan. Baginda dikurniakan “Best in Riding award” di kalangan kadet IMA untuk tahun 2003–2004.

Kejuaraan ke-50 baginda diraih di Kejohanan Piala Ellerstina yang diadakan di Argentina. Dalam kejohanan tersebut, TMJ turut membawa Johor-Ellerstina menewaskan Nova Java 11-9.

PASUKAN JOHOR ELLERSTINA YANG AKAN KE KEJOHANAN ARGENTINAKombinasi aksi DYAM Tunku Mahkota Johor (berhelmet biru) bersama pemain polo ternama dunia Polito Pieres (berhelmet merah jambu).Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth

Posted by JOHOR Southern Tigers on Sunday, July 9, 2017

Baginda tampil sebagai penjaring terbannyak di perlawanan akhir tersebut dengan 4 jaringan, dan turut muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan 18 dari empat perlawanan yang dilalui.

JDT & Harimau Malaya

Sumbangan Baginda kepada bola sepak Johor dan Malaysia amnya sangat signifikan.

Sejak mengambil alih tampuk pengurusan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pada 2013, Baginda telah membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawasanya bola sepak Malaysia punyai harapan jika diurus dengan betul.

JDT’S YEARLY TROPHY HAUL SINCE 2014Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, November 29, 2019

Hari ini JDT dianggap sebagai kelab bola sepak paling berjaya di Malaysia dan Asia Tenggara dengan pelbagai kejuaraan.

Daripada 2014 sehingga 2019, 24 trofi telah dibawa balik ke negeri Johor dalam pelbagai peringkat saingan.

Kehadiran TMJ ke dalam arena bola sepak negara tidak hanya mengangkat JDT sebagai gergasi bola sepak negara, tetapi secara tidak langsung turut mengangkat maruah bola sepak negara.

Cabaran dihadapi TMJ

Pernah memegang tampuk pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL), amat mudah untuk kita menuding jari kepada kegagalan atau kesilapan kepada baginda – tanpa menyedari kesilapan yang sama sebenarnya tidak pernah ada perubahan sejak lebih 30 tahun lalu.

Namun secara perlahan-lahan, maruah skuad Harimau Malaya diangkat sehingga kembali disegani pada hari ini.

PRESIDEN AFC NYATAKAN SOKONGAN BELIAU TERHADAP KEPIMPINAN DYAM TMJ SELAKU PRESIDEN FAMCiri kepimpinan yang ditunjukkan…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Tuesday, November 7, 2017

Kita bukan mengatakan apa yang telah dicapai oleh skuad kendalian Tan Cheng Hoe pada hari ini sudah cukup. Namun hakikat yang perlu kita terima ialah legasi yang dibawa oleh TMJ inilah yang diteruskan oleh FAM dan MFL pada hari ini.

Kita boleh sahaja menuding kepada kegagalan MFL mempertahankan tajaan oleh Telekom Malaysia (TM) pada era baginda, kehadiran Nelo Vingada dan sebagainya.

Namun hakikatnya itu juga adalah sebahagian daripada proses dan cabaran yang dihadapi oleh baginda untuk mengangkat kembali Harimau Malaya yang seakan ‘Hidup tidak mahu, mengaum pun sumbang’ selama ini.

Penutup

Ada beberapa perkara yang boleh kita pelajari dari TMJ. Kesungguhan, kerja keras, tidak pernah berputus asa, integriti adalah antara perkara yang jelas telah diterapkan di JDT pada hari ini.

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-36 pada 30 Jun 2020 bersamaan 8 Zulkaedah 1441 Hijrah.

 

 

Kongsi artikel ini