Expand To Show Full Article
Tuala Digunakan Kobe Bryant Di Perlawanan Terakhir NBA Dibida RM143,687 - Grandstand Kita

Tuala Digunakan Kobe Bryant Di Perlawanan Terakhir NBA Dibida RM143,687

Sehelai tuala yang pernah membalut bahu Kobe Bryant, digunakan oleh beliau ketika melakukan ucapan selamat tinggal pada persaraan beliau selepas perlawanan terakhir NBA telah dijual melangkaui harga £27,000.

Bidaan tersebut telah dilakukan secara atas talian. Bintang Lakers itu menyampaikan ucapan selamat tinggal di Staples Center di Los Angeles dan mengakhirinya dengan trademark ‘Mamba Out’ sebelum berjalan keluar dari arena.

Seorang penyokong sempat mengambil tuala tersebut dan pernah berusaha menjual ianya beberapa kali sebagai cendera hati.

Pada Ahad lalu pembida yang berjaya di dalam bidaan turut memenangi dua keping tiket perlawanan tang berlangsung pada 13 April 2016 yang lalu – perlawanan terakhir Bryant – pada nilai £26,666.81

Dalam perlawanan tersebut, Bryant menghasilkan 60 mata untuk membantu Lakers menewaskasn Utah Jazz 101-96.

Presiden kepada Iconic Auctions Jeff Woolf mendedahkan kepada CNN, pembida yang memenangi bidaan tersebut adalah individu yang memiliki koleksi terbesar cenderahati Lakers di seluruh dunia.

“Beliau adalah penyokong setia Lakers. Sasaran utamanya ialah untuk membina sebuah muzium di Southern California,” kata Woolf.

Woolf turut mendedahkan pembida sama turut membelanjakan $30,000 untuk mendapatkan majalah sekolah ketika Bryant masih berada di sekolah menengah.

Bryant, 41 tahun, dan anak perempuannya Gianna, 13 tahun dan tujuh yang lain maut dalam tragedi nahas helikopter pada 26 Januari lalu d Calabasas, California.

Bryant beraksi selama 20 musim untuk Lakers dan memenangi lima kejohanan NBA.

Beliau adalah pemain paling bernilai (MVP) NBA pada musim 2007-2008, 15 kali tersenarai dalam skuad All-NBA, dan 12 kali All-Defensive team member.

Beliau turut pernah dinamakan sebagai MVP di dua perlawanan akhir NBA dan MVP untuk All-Star Games sebanyak empat kali.

He was named MVP of the NBA Finals twice and was the All-Star Game MVP four times.

Kongsi artikel ini