Tahukah anda sukan bola sepak berasal daripada mana? Benarkah sukan ini berasal dari bangsa Inggeris?
Bill Murray seorang pengkaji sejarah bola sepak, dalam bukunya yang bertajuk “The World Game A History of Soccer” telah menyatakan bahawa permainan bola sepak sudah terkenal sejak dari awal Masehi.
Sejarah telah membuktikan melalui penemuan dokumen lampau dan catatan tahun peristiwa.
Sekitar 2500 tahun SM, telah wujud sebuah permainan seakan bola sepak yang disebut Tsu Chu. Permainan ini sangat dikenali dan dimainkan secara meluas pada zaman China Kuno.
Tsu Chu diertikan sebagai: menendang bola menggunakan kaki. Berdasarkan rekod pengkaji sejarah, Tsu Chu kebiasaannya dimainkan semasa perayaan ulang tahun Maharaja.
Did you know that the world’s first Soccer ball was a leather ball filled with feathers and hair, and the game was called ‘Tsu’ Chu,’ which literally means ‘kicking ball.’ pic.twitter.com/K18SOlMUHM
— Casa Scholarship (@CasaScholarship) December 1, 2019
Bola yang digunakan dalam permainan Tsu Chu disebut Zuqui. Ia diperbuat daripada kulit binatang yang diisi rambut di dalamnya.
Bilangan pemain Tsu Chu adalah tidak tetap. Ianya dimainkan oleh 2 hingga 12 orang sepasukan.
Sasaran utama permainan ini adalah para pemain berusaha membawa bola dan memasukkannya ke dalam jaring kecil.
Pemain hanya dibenarkan menggunakan kaki, dan menyentuh dengan tangan adalah dilarang.
Pasukan yang berjaya memasukkan banyak bola ke jaring dikira pemenang. Ianya mirip permainan bola jaring pada zaman sekarang.
Tsu Chu dimainkan di kawasan lapang, yang dikelilingi tembok. Tinggi lubang jaring adalah sekitar 8 – 10 meter dari tanah dan diameternya hanya 30 – 40 cm.
Sangat sukar untuk menjaringkan bola. Ianya pasti memerlukan teknik dan kemahiran yang tinggi.
FACT FRIDAY
Do you know that Football (soccer) was invented in China, 2.200 years ago? The game was called ‘tsu’ chu,’ which means ‘kicking ball.’#fact #factfriday #football #tsuchu #kickingball #china
Photo credit: https://t.co/FWSNN4LibV pic.twitter.com/HM6eWbtqlr— AFRICHINA PROJECTS (@AFRICHINAPROJCT) May 31, 2019
Di zaman Dinasti Tsein(256 – 206 SM), terdapat sebuah kitab siasatan dan strategi perang dicatatkan bahawa permainan Tsu Chu telah diamalkan untuk melatih fizikal askar kerajaan.
Tidak hanya askar kerajaan sahaja yang memainkan Tsu Chu. Kerabat Diraja serta bagsawan, semasa pemerintahan Dinasti Tsein juga sangat menggemari permainan ini.
Bayangkan, Sang Maharaja bermain Tsu Chu. Bagaimana rupa nya?
Oleh kerana minat yang mendalam pada permainan Tsu Chu. Pemerintah Dinasti Tsein(256 – 206SM) mewajibkan permainan Tsu Chu diajar di sekolah pada zaman itu.
Di era Dinasti Han(206 – 220SM), selain menjadi latihan fizikal askar kerajaan. Permainan Tsu Chu menjadi semakin popular dî kalangan masyarakat China.
Pada zaman Dinasti Han, permainan Tsu Chu sedikit berubah. Jaring bulat ditukar kepada 6 gawang gol setiap pasukan.Di kawal oleh seorang penjaga di setiap gawang.
Pengadil mula diperkenalkan, cara bbermainnya para pemain perlu berusaha untuk memasuk kan bola di setiap gawang pasukan lawan. Mana mana pasukan yang berjaya memasukkan bola ke setiap 6 gawang pasukan lawan terlebih dahulu dikira sebagai pemenang.
Tsu chu football was played in #China as far back as 200 BC #WorldCup2014 pic.twitter.com/nc7GFSXYzz
— Calestous Juma (@calestous) June 21, 2014
Dalam satu dokumen lampau menyebut, pertandingan Tsu Chu antarabangsa pertama adalah menemukan pasukan Tsu Chu China melawan pasukan Tsu Chu Jepun, yang diadakan pada tahun 50 SM di Kyoto Jepun.
Pada tarikh 24 Mei 2004, hersempena ulang tahun ke 100 Kesatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) secara rasmi mengiktiraf Tsu Chu adalah permainan bolasepak terawal dunia.
——————–
Artikel ini adalah sumbangan Izzat Razali dan disunting oleh editor GrandStand Kita. Anda punyai artikel bola sepak yang menarik untuk dikongsi?
Hubungi kami untuk artikel anda disiarka di GrandStand Kita. Artikel hendaklah dalam lingkungan 350 patah perkataan ke atas.