Tribute To Diego Armando Maradonna : Carlo Ancelotti Sebak Mengingati Sahabatnya

Pengurus Everton , Carlos Ancelotti telah dirakamkan oleh kamera menitiskan air matanya ketika bertakafur seminit untuk mengingati ikonik bolasepak dunia mendiang Diego Armando Maradonna yang meninggal dunia kerana serangan jantung minggu lalu.

Peringatan itu dilakukan oleh semua kelab bola sepak di Eropah sebelum perlawanan dimulakan sebagai mengingati lagenda Argentina itu dan kelab di EPL melakukan perkara yang sama termasuk pertemuan di antara Everton dengan Leeds United awal pagi tadi.

Video itu telah menjadi tular diseluruh dunia , sehinggakan para peminat-peminat meninggalkan emoji dan komen untuk berkongsi perasaan sedih bersama-sama dengan Ancelotti.

Diego Maradona mewakili Napoli sementara Carlo Ancelotti bersama dengan AC Milan di Liga Italy awal 1990an dahulu.

Pengurus Everton memberitahu kepada media “Diego Maradonalah pemain yang paling hebat pernah saya jumpa semasa kami menjadi seteru ketika dahulu. Ketika kami bertemu dalam setiap perlawanan , memang sukar untuk menghentikan pergerakan liciknya. Saya pernah menerjahnya secara kasar tetapi dia tidak pun berasa kecil hati pun.

 

“Dia bersikap terbuka. Di luar padang , kami menjadi kawan rapat semasa dan selepas karier bolasepak berakhir. Dia orang yang sangat merendah dirinya dan dia memang seorang pemain bola sepak yang hebat untuk seluruh dunia. Dia menjadi contoh terbaik untuk pemain bola sepak sekarang.

“Dalam hidup ini , saya akan menyimpan kenangan bersama dengannya buat selamanya”

Everton tewas 1 – 0 kepada skuad Bielsa dengan jaringan oleh Raphinha minit ke 79 sebagai tuan rumah di Goodison Park.

Leeds United berjaya memecahkan rekod 13 pertemuan dengan Everton di Goodison Park dengan kemenangan yang bermakna di tempat lawan sejak Ogos 1990.

 

Kongsi artikel ini