Transfermarkt Nilaikan JDT Sebagai Kelab Kedua Paling Bernilai Asia Tenggara

Laman bola sepak terkenal, Transfermarkt menilai juara Liga Super Malaysia (MSL), JDT sebagai kelab kedua paling bernilai di rantau Asia Tenggara.

Mengatasi JDT adalah jaguh Liga Thai, Buriram United yang dipercayai bernilai €7.53 juta, atau bersamaan RM34.76 juta.

JDT yang berada di kedudukan kedua tidak berada jauh di belakang apabila dinilai dengan kekayaan €7.25 juta atau bersamaan dengan RM33.47 juta.

Buriram bukan satu-satunya kelab dari Thailand berada di dalam senarai 10 pasukan paling bernilai oleh Transfermarkt.

Selain Buriram United, Thailand turut mempunyai empat kelab lain berada di dalam senarai tersebut iaitu BG Pathum United (€6.43 juta), Port FC (€6.4 juta), Bangkok United (€6.15 juta), dan Muangthong United (€5.13 juta).

Liga 1 Indonesia pula memiliki dua kelab berada di kedudukan 10 kelab paling bernilai Asia Tenggara.

Bali United dengan nilai €5.36 juta berada di kedudukan ke-7, dan Persib Bandung dengan bernilai €5.03 juta di kedudukan ke-10.

Kelab-kelab lain yang berada di dalam senarai tersebut adalah seperti Lion City Sailors dari Singapura (€6.16 juta) di kedudukan ke-5, dan Hanoi FC dari Vietnam (€5.35 juta) di kedudukan ke-8.

Kongsi artikel ini