Manchester United telah menandatangani bekas penyerang Watford, Odion Ighalo dari kelab China, Shanghai Shenhua secara pinjaman sehingga penghujung ini.
Perjanjian pinjaman tersebut bagaimanapun tidak termasuk sebarang pilihan untuk perpindahan tetap.
Ighalo kini masih berada di China, namun dijangka akan terbang terus ke UK dalam beberapa hari ini.
Beliau telah menjaringkan 39 gol dari 99 perlawanan untuk Watford diantara 2014 sehingga 2017.
Ighalo kemudiannya berhijrah ke Liga Super China (CSL), dengan menyertai Changchun Yatai.
Selepas dua musim, Ighalo kemudiannya menyertai Shanghai Shenhua dan telah menjaringkan 10 gol dari 19 perlawanan.
BREAKING: Odion Ighalo is confirmed as a #MUFC player on loan until the end of the season.
Welcome to Manchester United, Odio Ighalo! 🇳🇬🔴 pic.twitter.com/8ShgydVUU4
— United Zone (@ManUnitedZone_) January 31, 2020
Prestasi beliau bersama negaranya turut mencuri tumpuan, apabila menjadi penjaring terbanuak di pusingan kelayakan African Cup of Nations dengan tujuh gol.
Beliau kemudiannya menjaringkan lima gol dalam kejohanan tersebut pada musim panas lalu.
Difahamkan Ighalo turut menarik minat beberapa kelab Liga Perdana Inggeris lain pada jendela perpindahan Januari ini.
Namun Ighalo hanya mahu bermain untuk Manchester United.
Dalam perkembangan yang sama, United turut dilaporkan menamatkan minat untuk mendapatkan Joshua King dari Bournemouth.
Selain Bruno Fernandes dan Ighalo, United turut membawa masuk penjaga gol Southend United, Nathan Bishop dengan nilai yang tidak didedahkan.
United bagaimanapun percaya Ighalo bukanlah pemain yang menepati ciri-ciri yang ditetapkan oleh polisi kelab.
Namun beliau dilihat sebagai pemain gantian sementara untuk Marcus Rashford yang mengalami kecederaan.
Â