Expand To Show Full Article
Tony Fernandes Ajak Korang Berentap Lawan Monopoli Edisi QPR - Grandstand Kita

Tony Fernandes Ajak Korang Berentap Lawan Monopoli Edisi QPR

Bos Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes pada 2 hari lalu telah menerima satu permainan monopoli edisi khas.

Edisi tersebut adalah bertemakan QPR yang agak menarik juga pada pandangan kami.

Tan Sri Tony Fernandes menggelarkan dirinya sebagai Raja Monopoli telah mencabar sesiapa sahaja yang berani berentap dengannya.

Monopoli adalah permainan papan yang berkonsepkan perniagaan hartanah. Dan di alam nyata memang Tan Sri Tony Fernandes memang king jugalah kan.

Mereka akan memilih 3 orang untuk berentap dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia itu.

Dan pertarungan itu akan berlangsung di Red Q.

Dalam IG beliau, Tony Fernandes berkata: “Saya menerima papan Monopoly rasmi QPR. saya raja Monopoly. Sukar dikalahkan. Siapa mahu mencabar saya?”

“Kami akan memilih tiga individu dan bermain di Red Q.”

“Cantik juga gambar ini yang diambil Pengarah Sukan pasukan kami, Les Ferdinand.”

Jadi kepada korang yang power main Monopoly bolehlah menyahut cabaran Tan Sri. Pasti hadiah lumayan menanti anda.

Ia juga bakal menjadi pengalaman terindah dalam hidup korang nanti.

Kongsi artikel ini