Pengerusi Liverpool Tom Werner berkata beliau terpaksa mencubit dirinya sendiri untuk mempercayai tahap yang telah dicapai oleh skuad Jurgen Klopp pada musim ini.
The Reds kini memiliki kelebihan 22 mata di kemuncak Liga Perdana Inggeris, kehilangan hanya dua mata dari 25 perlawanan yang telah dilalui setakat ini.
Selain itu, Liverpool kini turut telah melayakkan diri ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan pusingan kelima Piala FA.
“Saya mencubit diri saya sendiri. Tetapi tugas kita masih belum selesai,” ujar Werner.
Tom Werner: “I’m pinching myself.” 🤩
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) February 6, 2020
“Saya secara berterusan memberitahu kepada semua orang keperluan untuk menikmati saat ini, kerana saya menghargai rekod yang telah dicapai setakat ini.
“Saya tidak fikir [rekod sebegini] akan mdah diatasi dalam masa terdekat.”
Liverpool kini hanya memerlukan enam kemenangan dari 13 perlawanan yang perlu dilalui untuk menamatkan penantian 30 tahun kejuaraan EPL.
Jika berjaya mengekalkan kedudukan ini, Liverpool akihirnya akan menikmati kejuaraan liga pertama di bawah era Premier League, dan yang ke-19 dalam sejarah keseluruhan kelab tersebut.
Liverpool chief Tom Werner warns fans: We may never have it this good again! | London Evening Standard https://t.co/KbZjV5rf8O
— @jockykenny (@jockykenny) February 7, 2020
Seperti Klopp, Werner tetap berwaspada akan setiap perkara yang bakal menanti pada musim ini, walaupun skuad kendalian Pep Guardiola, Manchester City di kedudukan kedua sudah mengibarkan bendera putih.
“Tahap persaingan di liga ini amat hebat sehingga anda berpendapat anda sudah layak untuk bercuti. Tetapi itu tidak akan berlaku,” tambah Werner.
“Kenyataan ini dilihat sebagai satu pujian buat Jurgen [Klopp], tetapi sangat jelas pasukan ini menampilkan aksi terbaik mereka pada setiap minggu.
[Media: Liverpool Echo] Liverpool may well be English football's greatest ever side because stats don't lie https://t.co/qWRDM6081s pic.twitter.com/hA51DXtTZB
— LFCMAGAZINE (@LFCMAGAZINE) February 6, 2020
“Seperti apa yang dikatakan Jurgen, tugas belum lagi selesai. Kami belum lagi mencapai apa-apa. Akan tiba masa untuk menikmati semua ini pada akhir musim nanti.”
Ketiadaan Klopp dan skuad utama ketika Liverpool merekodkan kemenangan bersejarah menentang Shrewsbury pada Rabu lalu pasti memberikan fokus diperlukan kepada pemain utama.
Klopp tidak bersama pasukan Liverpool dalam perlawanan ulangan Piala FA itu sebagai protes ianya diadakan pada ketika Premeier League memberikan cuti musim sejuk.