Dalam sedang arena bola sepak tempatan masih lagi dalam mood kegembiraan atas kejayaan Malaysia tewaskan Turkmenistan , penyokong bolasepak terkejut dengan pengumuman ringkas di laman media sosial facebook dan Twitter Johor Southern Tigers kira-kira sejam yang lalu.
Due to my other responsibilities and commitments, I have decided to take a step back and handover the control of JDT FC to the top management of the club.
I wish the club and everyone all the best.
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor pic.twitter.com/SHMNsFg9DP
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 9, 2022
Berita pengunduran pemilik kelab Johor Darul Ta’zim ini sangat mengejutkan terutama kepada rakyat Johor , penyokong , kawan dan lawan baginda sendiri.
“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.
Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua.”
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Ketika ini , beberapa pemain kelab Johor Darul Ta’zim sedang membawa nama Malaysia dalam kelayakan akhir Piala Asia 2023.
Merevolusikan kelab Johor Darul Ta’zim bermula dari tahun 2012 , kini jenama JDT berada di persada antarabangsa.
Idea , visi , wawasan dan sasaran realistikTunku Ismail terhadap sukan bola sepak terutama untuk JDT telah mencapai banyak kejayaan.
Antaranya JDT berjaya menggondol Trofi Piala AFC pada tahun 2015 , memegang rekod lapan kejuaraan berturut Liga Super Malaysia dan kini menjadi kelab Asia Tenggara yang pertama memasuki slot kalah mati Liga Juara-juara Asia (UCL)
Pada hari ini (7 Jun 2022), saya telah pergi ke daerah Pontian untuk melawat dan beramah mesra dengan para penduduk di sekitar kawasan Mukim Serkat. Saya sentiasa melawat daerah dan kampung-kampung di Johor, lagi-lagi selepas tempoh pandemik Covid-19. (1/2) pic.twitter.com/ohx947MFvh
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) June 7, 2022
Tunku Mahkota Johor seorang putera raja yang berjiwa rakyat. Baginda sentiasa melakukan lawatan dan menyantuni rakyat jelata di pelusuk negeri Johor.