TMJ Umum Empat Pemain Terbaru 2021 dan 2022 Termasuk Dua Pemain Naturalisasi dan Seorang Pemain Import

“Untuk makluman semua penyokong, kami telah menandatangani empat pemain untuk musim 2021 dan lagi empat pemain – termasuk dua pemain naturalisasi dan seorang pemain import, untuk musim 2022.”

Kenyataan video berdurasi hampir dua minit oleh DYAM Tengku Mahkota Johor yang dikongsikan di laman media sosial rasmi Johor Southern Tigers telah menggembirakan para penyokong kelab Johor Darul Ta’zim yang sentiasa menantikan perkembangan kelab bola sepak yang amat disayangi oleh rakyat Johor daripada baginda.

Bagaimanapun TMJ tidak mendedahkan siapakah pemain-pemain yang bakal menyertai kelab JDT itu bagi musim 2021 dan 2022.

Baginda turut mengumumkan satu kolobrasi di antara kelab bolasepak JDT dengan sebuah syarikat global yang mempunyai jenama besar di seluruh dunia. Ia merupakan satu sejarah dan pengiktirafan yang amat besar bagi kelab JDT dan kepada negara.

Dalam video tersebut baginda menyatakan akan berkongsi sekali lagi perkembangan JDT pada hari Khamis ini dan sudah tentulah ia amat dinantikan oleh para peminat dan juga pemerhati bolasepak di seluruh tanahair.

Di sidang media TMJ pada bulan Oktober yang lalu , baginda telah menyatakan seorang penyerang import akan ditandatangani oleh JDT iaitu Camillo da Silva yang bermain untuk kelab Mazatlan FC di Liga Utama Mexico bagi menggantikan Diogo Santos yang telah kembali semula ke Liga Thailand.

Namun , penyerang yang menjadi sasaran selama dua tahun oleh baginda itu telah pun melanjutkan kontrak bersama kelab itu selama dua musim.

Terdapat satu perkongsian info melalui laman Twitter Sepakbola Indonesia Fansbook awal Disember lalu , pemain berasal dari Uruguay yang turut bermain di Liga Mexico Diego Rolan dikatakan akan menuju ke kelab berpengkalan di selatan Johor ini.

Walau bagaimanapun , hasil carian butiran pemain ini setakat ini , Diego Rolan 27 tahun sedang bermain untuk kelab Deportivo la Coruna , negara Sepanyol. Kelab yang pernah berada dalam La Liga kini bermain di Liga Segunda Divisyen B.

Warganet juga sedang berteka-teki siapakah dua orang pemain naturalisasi yang bakal ditandatangani oleh juara Liga Malaysia musim 2020. Di antara nama yang menjadi sebutan ialah Sumareh yang sedang bermain di kelab Liga Thailand.

Kontrak Sumareh dengan kelab Police Tero FC bakal berakhir di penghujung musim tahun depan. Namun setakat ini pemain naturalisasi kebangsaan itu masih berdiam diri untuk memutuskan kelab MSL yang manakah bakal disertai olehnya.

Seorang lagi pemain ialah , Endrick Dos Santos yang mewakili kelab Penang FC pada musim keduanya. Pemain berusia 25 tahun berasal dari Brazil akan mencukupkan tempoh lima tahun bermain di Liga Malaysia pada tahun 2022. Pemain ini menjadi perhatian oleh rakyat kerana ucapan Hari Natal dalam IG Story baginda TMJ di tag kepada pemain berkenaan.

Keterujaan penyokong Johor Southern Tigers tidak pernah surut sejak TMJ merevolusikan pasukan Johor Darul Ta’zim ini dan kejutan serta perkembangan senario bolasepak JDT ini sentiasa menjadi perhatian kepada media semasa samada tempatan mahupun di luar negara.

 

 

Kongsi artikel ini