Kemenangan tipis yang penuh bergaya ke atas Johor Darul Ta’zim oleh skuad Sang Penyu mendapat penghormatan dan tahniah daripada Briged Jeneral Tunku Mahkota Johor.
Kejayaan Terengganu menumbangkan skuad Harimau Selatan mengesahkan kenyataan baginda pada sebelum ini bahawa pasukan Terengganu merupakan pencabar terkuat bagi musim 2021 kepada kelab juara tujuh kali itu.
📸 AKSI PERLAWANAN LIGA SUPER – LS10
JOHOR DARUL TA’ZIM 0-1 TERENGGANU FC#LigaSuper2021 pic.twitter.com/QC2FWTnE5W
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 24, 2021
Selepas perlawanan itu , baginda telahpun mencemar duli pergi ke bilik persalinan pasukan Terengganu FC untuk mengucapkan tahniah kepada para pemain Nafuzi Zain.
TMJ dengan gaya santainya bersalaman dengan pemain-pemain berkenaan sambil mengucapkan tahniah serta selamat maju jaya kepada mereka semua.
Video ini telah dikongsi di platform media sosial pasukan berkenaan dan mendapat pujian daripada peminat bola sepak tempatan.
TMJ mencemar duli berkunjung ke bilik persalinan pasukan Terengganu sebaik perlawanan berakhir sebentar tadi.
Baginda memberikan ucapan tahniah kepada setiap pemain Terengganu di atas kemenangan Terengganu malam ini. #JDTTER pic.twitter.com/py34Wbu3Gw
— Harimau Selatan (@harimauselatanj) April 24, 2021
Terima Kasih @HRHJohorII
📹 @Malayantigerfan pic.twitter.com/tLcWB0GRLG
— TERENGGANU (@11Terengganu) April 24, 2021
Ternyata , Tunku Mahkota Johor ‘down to earth’ dan menunjukkan sikap ‘fair play’ kepada pasukan lawan.
Skuad Benjamin Mora menguasai perlawanan secara keseluruhan namun pemain-pemain Terengganu dapat mengekang asakan dan bertahan untuk menggagalkan mereka mendapatkan gol.
2021 MALAYSIA SUPER LEAGUE
Starting Line-up
JOHOR DARUL TA'ZIM vs TERENGGANU
Full list at https://t.co/4uRBSJOA0A pic.twitter.com/fkR6qH79K7
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 24, 2021
Kecederaan dua pemain pertahanan JDT , S.Kunalan dan Mouricio sehingga memaksa Benjamin Mora membuat dua pertukaran pada separuh masa pertama.
2021 MALAYSIA SUPER LEAGUE
Half Time
JDT [0-0] TERENGGANU
More photos at https://t.co/gyCBWe3YFG#JDTvTER#LigaSuper2021#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/QgmfxtkUfq
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 24, 2021
Terengganu sesekali melancarkan gerakan berbahaya dalam kawasan JDT akhirnya berjaya membolosi gawang gol Farizal Marlias hasil jaringan Hakimi Abdullah yang bijak mencari ruang kanan gol ketika berdepan satu lawan satu dengan Farizal di separuh masa pertama.
57' GOL | Pemain muda Terengganu, Hakimi Abdullah memecah kebuntuan di Stadium Sultan Ibrahim!@OfficialJohor 0-1 @FCTerengganu #LigaSuper2021 pic.twitter.com/PVmoJyWIHf
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 24, 2021
Bagaimanapun pemain-pemain JDT terus menggandakan asakan ke atas pasukan lawan. Mora memasukkan dua pemain simpanan iaitu Saifullah Ramadan dan Sapawi Rasid untuk terus memburu gol namun Terengganu kental bertahan dalam satu unit.
📹 HIGHLIGHTS: @OfficialJohor 0-1 @FCTerengganu
Terengganu FC lebur rekod tanpa kalah Johor Darul Ta'zim musim ini menerusi jaringan Hakimi Abdullah pada minit ke-57.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/6010cqeI70
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 25, 2021
Aksi di antara kedua pasukan ini sangat menarik ditonton kerana persembahan yang ditunjukkan sehingga minit akhir perlawanan menbuatkan penonton di stadium dan siaran secara langsung tidak duduk.