TMJ Kongsi Kisah Hilang Sahabat, & Bagaimana Keluarga Jadi Inspirasi Ubah Gaya Hidup

Masalah berat badan berlebihan atau obeseti adalah salah satu masalah kesihatan yang melanda majoriti rakyat Malaysia.

Dan apabila kita bercakap mengenai masalah kesihatan, ini bermakna ia adalah masalah yang tidak mengenal perbezaan jantina, kaum, agama, mahu pun kedudukan.

Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini pernah mendedahkan 1 daripada 2 orang dewasa di negara ini mengalami masalah berat badan berlebihan.

Tidak terkecuali daripada berhadapan masalah berat badan berlebihan adalah D.Y.A.M Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ), yang juga merupakan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Transformasi TMJ

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan semasa, khususnya rakyat di negeri Johor dan penyokong JDT, anda pasti boleh melihat perubahan bentuk badan Tunku Ismail sejak kebelakangan ini.

Melalui perkongsian di media sosial, baginda kerap berkongsi bagaimana senaman yang dilakukannya sejak beberapa bulan yang lalu.

View this post on Instagram

Focus on the Target, and Enjoy the Journey.

A post shared by HRH Crown Prince of Johor (@hrhcrownprinceofjohor) on

Hasilnya juga menakjubkan. TMJ tampak tampil lebih segak bergaya dengan bentuk badan yang lebih sihat. Dan perkara terpenting sudah tentu kerana TMJ kini semakin cergas.

Jadi apakah rahsia di sebalik semua perubahan ini.

Perubahan berat badan TMJ

Melalui muat naik di Instagram, TMJ berkongsi mengenai perjalanan beliau menukar gaya hidup. Tahukah anda berat badan baginda sebelum ini? Jom ikuti perkongsian baginda:

“Di dalam kehidupan…jangan sesekali menyerah kalah! Sebelum ini berat saya adalah 98.7kg pada 10hb Januari. Hari ini beray badan saya adalah 83.2kg,” kongsi TMJ melalui IG Story beliau.

“Saya telah hilang 16kg dalam tempoh empat bulan. Sasaran saya ialah untuk mempunyai berat badan 75kg.

“Ukur lilit pinggang (sebelum ini) adalah 40 (inchi). Hari ini ia berukuran 34 (inchi).

Baginda kemudiannya memberikan dorongan kepada sesiapa sahaja untuk turut melakukan perubahan yang sama. Malah baginda memberikan tips mudah untuk diikuti.

“Jika saya boleh melakukannya, anda juga boleh melakukan perkara serupa. 70% daripadanya adalah dari pemakanan, 30% lagi adalah hasil senaman.

“Jangan tunggu lagi dan mulalah melakukan perubahan. Ia tidak pernah terlambat untuk bermula.

Dorongan TMJ

Seperti juga orang lain, TMJ juga memerlukan motivasi dalam menjayakan sesuatu perkara. Namun kredit harus diberikan kepada baginda kerana keazaman tinggi yang dimiliki.

Tidak mudah untuk melakukan sesuatu perubahan jika tidak mempunyai keazaman.

Dalam melakukan perubahan tersebut, TMJ berkongsi beberapa perkara yang baginda jadikan sebagai dorongan.

Antaranya adalah komen-komen di media sosial yang menggelar baginda sebagai Maradona dari Johor.

Apakah perkara yang menyedarkan TMJ?

“Sebab pertama adalah…beberapa bulan lalu saya hilang dua kawan disebabkan serangan jantung. Mereka hanya berusia 40an,” kongsi TMJ.

“Satu hari saya melihat ke arah isteri dan anak-anak bermain bersama, dan ia memberikan teguran.

“Tidak ada perkara terutama di dunia ini untuk melihat anak-anak membesar di hadapan mata, sentiasa ada untuk mereka, dan untuk menjaga mereka.

“Pada ketika itulah saya nekad untuk melakukan perubahan.”

Rumusan

Perkongsian daripada TMJ ini sememangnya penuh dengan pengajaran. Ia mengenai apa yang harus kita hargai di dalam kehidupan kita yang singkat ini.

Hargai diri sendiri terlebih dahulu, utamakan kesihatan. Barulah kita boleh memberikan yang terbaik kepada mereka yang kita sayangi di sekeliling kita.

Seperti kata baginda: “It’s Never Too Late To Start.”

 

 

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email