Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) meluahkan penghargaan kepada kelab Rusia, Zenit St. Petersburg selepas kedua-dua pasukan bertemu antara satu sama lain dalam satu perlawanan persahabatan di Dubai.
Perlawanan tersebut merupakan yang terakhir untuk JDT daripada lima perlawanan pra musim, tetapi merupakan yang pertama buat Zenit setelah tiba di Dubai beberapa hari sebelum itu.
Walaupun JDT tewas 3-0 dalam perlawanan tersebut, TMJ bertanggapan perlawanan tersebut sebagai pengalaman berguna untuk belajar bagi skuad JDT.
Thank you @fczenit_en for the good game and great learning experience. It has always been an honor to play against big clubs. Top quality👍🏻🙏🏼💙♥️ @OfficialJohor 🇲🇾🇷🇺 https://t.co/GXUWlL0qkc
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) February 6, 2023
“Terima kasih Zenit FC untuk perlawanan yang baik yang memberi pengalaman dan pengajaran berguna.
“Ia sentiasa menjadi satu penghormatan untuk beraksi menentang sebuah kelab besar. Kualiti terbaik,” tulis TMJ di akan media sosialnya.
Sentimen tersebut turut dikongsi oleh Ketua Jurulatih JDT, Esteban Solari yang menganggap perlawanan menentang sebuah kelab besar seperti Zenit yang biasa beraksi di pertandingan tertingg di Eropah memberikan peluang kepada pemain JDT untuk belajar dan memperbaiki diri.
Malah kejayaan menentang beberapa kelab di Eropah sepanjang berada di Dubai turut mendorong JDT merancang mengadakan latihan pra musim di Eropah mulai musim hadapan.
I was discussing with the Boss (HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor) and there is a possibility we will have preseason in Europe next year.
Esteban Solari, Johor Darul Ta’zim FC Manager & Head Coach
[3/4]
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 7, 2023
Dalam perkembangan berkaitan penyerang baharu Zenit, Claudinho menyifatkan JDT sebagai sebuah pasukan yang bagus dan memiliki beberapa pemain berkualiti di dalam pasukan.
“Saya tidak tahu ini adalah kali pertama Zenit berhadapan kelab dari Malaysia. Ini bermakna kemenangan menjadi lebih penting,” ujar beliau di dalam laman sesawang kelab.
“Saya berpendapat mereka adalah sebuah pasukan yang bagus dan bersedia untuk ‘bertempur’ dan mempunya beberapa pemain Brazil di dalam pasukan. Saya ada berborak sekejap dengan mereka.
“Mereka [JDT] berada di tahap yang bagus dan mempunyai beberapa pemain berkualiti. Perlawanan tersebut amat menyeronokkan.”
JDT kini dalam perjalanan pulang ke tanah air, dan akan menyambung sesi latihan di tempat sendiri untuk berhadapan Terengganu FC pada hari pembukaan Liga Super Malaysia 2023 pada 24 Februari hadapan.
Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu juga akan menjadi pembuka tirai Liga Malaysia 2023 apabila ia turut menjadi perlawanan untuk merebut Piala Sumbangsih.