RB Leipzig Troll Timo Werner Asyik Main Handphone Saat Chelsea Kalah

Tingkah laku Timo Werner menjadi perhatian ketika Chelsea gagal menjuarai Piala FA. Bakal penyerang The Blues itu didapati bermain dengan telefon bimbitnya ketika Chelsea berhadapan Arsenal di Stadium Wembley pada awal pagi tadi.

Werner turut hadir untuk menyaksikan perlawanan membabitkan skuad Frank Lampard. Malah ketika perlawanan belum dimulakan, pemain yang direkrut daru RB Leipzig itu dilihat sempat bergurau dengan rakan sepasukan barunya.

Chelsea memulakan perlawanan dengan baik. The Blues mendahului Arsenal melalui jaringan Christian Pulisic ketika perlawanan baru berusia lima minit.

Namun Pulisic dan rakan-rakannya gagal mempertahankan kelebihan awal yang mereka miliki. The Gunners kembali bangkit melalui dua gol Pierre Emerick-Aubameyang untuk memenangi perlawanan akhir tersebut dengan jaringan 2-1.

Empat minit setelah gol kedua Aubameyang atau pada menit ke-71, kamera sempat diarahkan ke arah TimoWerner. Pemaoin itu kelihatan sibuk dengan telefonnya seolah-olah tidak mengendahkan perjuangan rakan sepasukan di padang.

Penyerang berasal dari Jerman itu juga kelihatan sedang sibuk menaip mesej di telefonnya. Rakaman tersebut berlaku selama beberapa saat sehingga kamera kembali diarahkan ke padang permainan.

Tingkah kau Werner itu pantas mendapat perhatian oleh akaun Twitter rassmi RB Leipzig. Werner diandaikan sedang mengirim pesanan kepada bekas kelabnya untuk kembali ke Jerman setelah Chelsea gagal menjadi juara Piala FA.

Ia pasti hanya sekadar gurauan daripada akaun Twitter RB Leipzig.

Werner sendiri hanya secara rasmi akan memperkuatkan Chelsea pada musim depan. Pemain itu tampil sebagai rekrut terawal Frank Lampard selain daripada bintang Ajax, Hakim Ziyech.

Chelsea dijangka akan terus berbelanja untuk memperkuatkan pasukan pada musim hadapan. The Blues kini dilaporkan sedang mengikuti rapat Kai Havertz dari Bayer Leverkusen.

Β 

Kongsi artikel ini