Tiga Pemain Muda Nadi Kebangkitan Manchester City

Skuad Manchester City perlahan-lahan mendaki tangga teratas di kala para penyokong-penyokong sedang memerhatikan perseteruan di antara dua kelab gergasi Liverpool dan Manchester United pada Januari lepas.

Kini skuad kendalian Pep Guardiola sedang mendahlui dua kelab ini dengan 44 mata setelah menewaskan pasukan Sheffield United 1-0 hujung minggu lepas. Pasukan yang sama memalukan Red Devils pada perlawanan minggu ke 20 di Old Trafford.

Kekalahan mengejut anak buah Solksjaer kepada pasukan terbawah liga membuatkan mereka gagal mengekalkan kedudukan teratas setelah baru dua minggu merampas daripada Liverpool dan pertama kali di puncak liga musim ini selepas era Sir Alex Ferguson.

The Citizens telah melangkah bergaya dengan sembilan kemenangan berturut dengan prestasi semakin meningkat dipamerkan oleh anak buah Guardiola setelah berhempas pulas di awal musim pada tahun lalu.

Jadi , bagaimanakah Pep Guardiola telah memastikan skuad kendaliannya kembali ke landasan merebut kembali mahkota Liga Perdana Inggeris pada musim ini yang kali terakhir merangkul trofi berprestij itu pada musim 2018/2019?

Ini adalah tiga pemain muda yang menjadi nadi kebangkitan Manchester City seperti Ruben Dias , Phil Foden dan Ferran Torres yang baru berusia lingkungan 20an telah mempamerkan prestasi yang cemerlang setakat ini.

Ruben Dias

Pep Guardiola meletakkan Ruben Dias bergandingan dengan John Stones telah memberikan impak yang baik bagi benteng pertahanan Manchester City. Strategi jurulatih ini telah berjaya dengan daripada 12 perlawanan gandingan ini telah melakukan 11 cleen sheets.

Phil Foden

Phil Foden baru sahaja berusia 20 tahun telah menampilkan aksi yang ke 100 dalam skuad City. Pemain berasal dari Stockport ini telah menjaringkan 24 gol dan 17 bantuan gol.

Aksi pemain tengah ini mendapat reaksi yang bagus daripada jurulatihnya bahawa dia merupakan aset Manchester City dan prestasinya akan terus meningkat 2-3 tahun lagi. Phil Foden telah bermain 16 perlawanan dan menjaringkan empat gol di liga premier setakat musim ini. Ramai menyatakan gaya permainannya seperti lagenda City David Silva yang baru.

Ferran Torres

Ferran Torres yang bermain di bahagian sayap menyuapkan umpanan kepada penyerang yang ditugaskan untuk menjaringkan gol. Pemain ini berjaya menghasilkan bantuan gol untuk Gabriel Jesus ketika menewaskan Sheffield United dua hari lalu dan mengukuhkan kedudukan City.

Semenjak Leroy Sane meninggalkan City , Torres telah memberikan sesuatu yang Guardiola hilang. Pemain ini selesa bermain di posisi sayap kanan selain bijak memasuki kawasan kotak penalti untuk menjaringkan gol.

Ketiga-tiga pemain ini merupakan kombinasi terbaik yang acapkali diturunkan dalam perlawanan yang dimenangi oleh skuad Guardiola. Itu belum termasuk lagi pemain seperti kecemerlangan Kevin De Bruyne , Riyad Mahrez dan Ilkay Gundogan yang juga menjadi pertaruhan City untuk menang pada setiap perlawanan walaupun di antara mereka menjadi pemain rotasi mengikut keperluan perlawanan yang diutamakan oleh Guardiola.

Dengan kelebihan satu perlawanan di tangan Manchester City , ia memungkinkan mereka terus berada di tangga teratas memasuki Februari ini sekiranya terus memenangi perlawanan yang akan berlangsung.

Manchester City's Ferran Torres celebrates scoring their second goal with teammates.(Pool via REUTERS)

Mereka akan bertandang ke Turf Moor untuk berhadapan dengan Burnley , skuad Sean Dyche yang mencalarkan imej Liverpool pada pertengahan Januari yang lalu pada Khamis ini.

Pasukan ini juga mempunyai skuad depth yang berkualiti dan ia memberikan kelebihan untuk mereka melakukan penggiliran pemain. Justeru , Guardiola dapat memilih yang cukup rehat untuk menghadapi perlawanan yang seterusnya.

 

Tidak keterlaluan mengatakan bahawa Manchester City juga boleh dianggap sebagai pasukan yang akan merangkul mahkota EPL 2020/21 ini.

Rumusan

Apakah Pep Guardiola dan anak-anak buahnya mampu menafikan impian Liverpool dan Manchester United mengikut situasi terkini. Setiap kelab masih mempunyai 18 perlawanan untuk diharungi. Ia perjalanan yang masih jauh , namun tiada yang mustahil bagi kelab tiga teratas liga merangkul mahkota EPL 2020/21 sekiranya mereka terus mengekalkan rentak kemenangan konsisten.

 

 

 

 

 

 

 

 

Kongsi artikel ini